Niaga hadapan emas ditutup lebih tinggi

Kontrak Derivatives ditutup lebih tinggi pada Isnin, menjejaki kenaikan harga emas di pasaran Bursa Komoditi New York (Comex) Amerika Syarikat (AS). Gambar hiasan
Kontrak Derivatives ditutup lebih tinggi pada Isnin, menjejaki kenaikan harga emas di pasaran Bursa Komoditi New York (Comex) Amerika Syarikat (AS). Gambar hiasan
A
A
A

KONTRAK Derivatives ditutup lebih tinggi pada Isnin, menjejaki kenaikan harga emas di pasaran Bursa Komoditi New York (Comex) Amerika Syarikat (AS).

Pada akhir dagangan, kontrak bulan semerta Februari 2026 meningkat kepada AS$5,037.70 setiap auns troy daripada AS$4,877.90 pada Jumaat, manakala kontrak Mac 2026 naik kepada AS$5,055.20 setiap auns troy daripada AS$4,895.40.

Kontrak April 2026 dan Mei 2026 turut meningkat kepada AS$5,072.90 setiap auns troy berbanding AS$4,912.20 sebelum ini.

Kontrak Jun 2026 dan Ogos 2026 juga mengukuh, masing-masing ditutup pada AS$5,106.80 setiap auns troy berbanding AS$4,912.20 pada Jumaat.

Jumlah dagangan menyusut pada 12 lot daripada 52 lot pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka berkurang kepada 99 kontrak daripada 151 kontrak sebelum ini.

Harga emas fizikal berada pada AS$4,948.00 setiap auns troy, mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 6 Februari, 2026. - Bernama

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • KONTRAK Derivatives ditutup lebih tinggi pada Isnin, menjejaki kenaikan harga emas
  • Kontrak bulan Februari 2026 meningkat kepada AS$5,037.70 setiap auns troy
  • Kontrak Mac 2026 naik kepada AS$5,055.20 setiap auns troy
  • Kontrak April dan Mei 2026 meningkat kepada AS$5,072.90 setiap auns troy
  • Jumlah dagangan menyusut pada 12 lot, kepentingan terbuka berkurang kepada 99 kontrak

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!