Detik ngeri belon berisi gas meletup dalam lif

MUMBAI – Tiga individu cedera selepas beberapa belon berisi gas mudah terbakar meletup di dalam sebuah lif sebuah bangunan kediaman di kawasan Goregaon West di sini pada Isnin.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan letupan berlaku sejurus selepas seorang penghantar memasuki lif sambil membawa belon yang dipercayai untuk majlis sambutan hari jadi di tingkat atas.
Letupan itu mencetuskan bebola api besar yang seketika menyelubungi ruang lif, menyebabkan ketiga-tiga individu panik dan meluru keluar untuk menyelamatkan diri.
Seorang wanita berusia 21 tahun dilaporkan mengalami kecederaan melecur pada tangan kanan, leher dan anggota badan, manakala penghantar belon berusia 32 tahun turut cedera.

Polis mengesahkan belon tersebut diisi dengan gas hidrogen yang sangat mudah terbakar dan telah membuka kertas siasatan atas kecuaian terhadap pemilik kedai belon.
Pihak berkuasa menasihatkan orang ramai agar mengelakkan membawa belon berisi gas mudah terbakar ke ruang tertutup seperti lif bagi mengelakkan kejadian sama berulang.- Agensi
Ringkasan AI
- Tiga individu cedera akibat letupan belon berisi gas mudah terbakar dalam lif di Goregaon West, Mumbai
- Letupan berlaku sebaik sahaja penghantar memasuki lif dengan belon untuk majlis hari jadi
- Bebola api besar menyelubungi ruang lif menyebabkan panik dan kecederaan
- Seorang wanita dan penghantar belon antara yang cedera
- Polis siasat kecuaian pemilik kedai belon, nasihat elak bawa belon berisi gas mudah terbakar ke ruang tertutup
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

