Gempa bumi bermagnitud 6.4 landa perairan pacitan, 7 cedera

JAKARTA - Gempa bumi bermagnitud 6.4 melanda perairan Pacitan, Jawa Timur pada awal pagi Jumaat, mengakibatkan sekurang-kurangnya tujuh orang cedera serta merosakkan beberapa buah rumah di beberapa kawasan di Jawa Timur dan Yogyakarta.
Ketua Data, Informasi dan Komunikasi Bencana Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Abdul Muhari berkata, gempa bumi itu berlaku pada 1.06 pagi waktu tempatan, dengan pusat gempa terletak di laut pada kedalaman 10 kilometer (km), kira-kira 90 km di tenggara Pacitan.
"Gegaran turut dirasai di kawasan sekitar, termasuk Trenggalek, Gunungkidul, Bantul dan Yogyakarta,” katanya dalam satu kenyataan sambil menambah bahawa tiada ancaman tsunami.
Abdul Muhari berkata, gegaran kuat itu dirasai selama dua hingga tiga saat, mencetuskan panik dalam kalangan penduduk, dengan laporan awal menunjukkan sekurang-kurangnya empat isi rumah terjejas.
Beliau berkata badan pengurusan bencana daerah (BPBD) telah digerakkan untuk memantau keadaan dan menjalankan penilaian pantas, manakala penduduk dinasihatkan supaya kekal tenang, berwaspada terhadap kemungkinan gempa susulan serta mengelak daripada struktur bangunan yang rosak. - Bernama
Ringkasan AI
- Gempa bumi bermagnitud 6.4 melanda perairan Pacitan, Jawa Timur pada awal pagi Jumaat
- Sekurang-kurangnya tujuh orang cedera dan beberapa buah rumah di Jawa Timur dan Yogyakarta rosak
- Pusat gempa terletak di laut pada kedalaman 10 kilometer, kira-kira 90 km di tenggara Pacitan
- Tiada ancaman tsunami tetapi gegaran dirasai di kawasan sekitar termasuk Trenggalek dan Yogyakarta
- Penduduk dinasihatkan supaya kekal tenang dan berwaspada terhadap kemungkinan gempa susulan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
