Ringgit dibuka rendah didorong risiko geopolitik mereda tingkatkan dolar AS

Mata wang Malaysia menyusut kepada 3.9510/9610 berbanding dolar AS dari 3.9440/9535 pada penutupan Khamis .
Mata wang Malaysia menyusut kepada 3.9510/9610 berbanding dolar AS dari 3.9440/9535 pada penutupan Khamis .
A
A
A

RINGGIT dibuka rendah berbanding dolar AS pada Jumaat, didorong oleh faktor luaran apabila ketegangan geopolitik yang mereda meningkatkan permintaan terhadap mata wang Amerika Syarikat (AS).

Pada 8 pagi, mata wang tempatan menyusut kepada 3.9510/9610 berbanding dolar AS daripada 3.9440/9535 semasa ditutup pada Khamis.

Menurut laporan media, AS dan Iran dijadualkan mengadakan rundingan di Oman pada Jumaat selepas insiden dron Iran ditembak jatuh pada awal minggu ini.

Pengarah Strategi Pelaburan dan Ahli Ekonomi IPPFA Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantan berkata, data pasaran buruh AS yang rendah termasuk penurunan jumlah kekosongan pekerjaan, peningkatan jumlah pekerja yang diberhentikan dan tuntutan faedah pengangguran yang tinggi telah meningkatkan permintaan terhadap bon Perbendaharaan AS, mendorong hasil lebih rendah.

"Bagaimanapun, ketiadaan petunjuk jelas mengenai pelonggaran dasar Rizab Persekutuan (Fed) telah mengekalkan sokongan terhadap dolar AS berikutan pasaran mengambil kira kelembapan pertumbuhan tanpa perubahan dasar yang pesat.

"Perkembangan ini telah mengekalkan kedudukan defensif dolar, mengehadkan kenaikan ringgit untuk tempoh jangka pendek walaupun makroekonomi domestik stabil,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, Presiden Bank Rizab Persekutuan Atlanta Raphael Bostic mengekalkan pendirian kepada kadar faedah tinggi untuk mengawal inflasi, menyatakan keperluan mengekalkan dasar yang ketat.

"Pandangan menyokong kadar faedah tinggi dalam kalangan pegawai kanan Fed memberi sokongan kepada dolar AS,” katanya.

Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Artikel Berkaitan:

Mata wang tempatan mengukuh berbanding pound kepada 5.3418/3553 daripada 5.3496/3625, bagaimanapun rendah berbanding yen Jepun kepada 2.5199/5265 daripada 2.5068/5130 dan merosot berbanding euro kepada 4.6527/6645 daripada 4.6460/6572 semasa ditutup pada Khamis.

Ringgit turut diniagakan rendah berbanding kebanyakan mata wang ASEAN.

Mata wang tempatan merosot berbanding baht Thailand kepada 12.4074/4458 daripada 12.3955/4320 dan rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 234.5/235.3 daripada 234.1/234.8.

Ringgit menurun berbanding dolar Singapura kepada 3.0969/1052 daripada 3.0943/1020 dan rendah berbanding peso Filipina kepada 6.73/6.75 daripada 6.72/6.74 sebelum ini. - Bernama

Ringkasan AI

  • Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Jumaat disebabkan peningkatan permintaan mata wang Amerika akibat ketegangan geopolitik
  • Mata wang Malaysia menyusut kepada 3.9510/9610 berbanding dolar AS dari 3.9440/9535 pada penutupan Khamis
  • Ketiadaan pelonggaran dasar oleh Rizab Persekutuan AS dan sokongan terhadap kadar faedah tinggi mengehadkan kenaikan ringgit
  • Ringgit diniagakan rendah berbanding kebanyakan mata wang utama dan juga merosot berbanding mata wang ASEAN
  • Mata wang tempatan mengukuh berbanding pound tetapi rendah berbanding yen Jepun dan merosot berbanding euro

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!