Aksi dramatik bintang bola tampar Jepun mohon maaf tular

Warganet turut memuji tindakan Nishida. Foto Agensi
Warganet turut memuji tindakan Nishida. Foto Agensi
A
A
A

TOKYO - Aksi permohonan maaf dramatik bintang bola tampar Jepun, Yuji Nishida menjadi tular.

Pemain berusia 26 tahun itu sedang menyertai cabaran servis separuh masa pada acara All-Star Liga SV di Kobe apabila salah satu pukulannya tersasar lalu mengenai pengadil wanita yang berada di tepi gelanggang.

Nishida kemudiannya berlari ke tengah gelanggang melintasi bawah jaring sebelum 'meluncur' dalam keadaan tertiarap ke arah pengadil tersebut.

Pemain tersebut turut melutut dan tunduk beberapa kali untuk memohon maaf atas 'pukulan' yang tidak disengajakan itu.

Pengadil berkenaan yang terkejut dengan tindakan spontan itu turut melakukan gerakan menunduk serupa kepada Nishida sebagai simbol menerima permohonan maaf tersebut.

Tindakan permohonan maaf itu turut meraih sorakan dan tepukan penonton serta anggota pasukannya.

Gerakan dilakukan Nishida digelar sebagai dogeza iaitu satu bentuk permohonan maaf tradisional komuniti di Jepun yang juga untuk menyatakan penyesalan atau simbol hormat. - Agensi

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Aksi permohonan maaf dramatik bintang bola tampar Jepun, Yuji Nishida menjadi tular
  • Pemain itu menyertai cabaran servis separuh masa dan salah satu pukulannya tersasar mengenai pengadil wanita
  • Nishida berlari ke tengah gelanggang dan 'meluncur' dalam keadaan tertiarap ke arah pengadil tersebut untuk memohon maaf
  • Pengadil yang terkejut dengan tindakan spontan itu melakukan gerakan menunduk serupa sebagai simbol menerima permohonan maaf
  • Tindakan permohonan maaf Nishida meraih sorakan penonton dan digelar sebagai dogeza, satu bentuk permohonan maaf tradisional di Jepun

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!