Sindiket tipu tawar tonton aksi lucah, bogel tumpas

Antara rampasan barang kes melibatkan sindiket penipuan yang digempur polis.
Antara rampasan barang kes melibatkan sindiket penipuan yang digempur polis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sindiket penipuan yang menjerat mangsa dengan menawarkan tontonan secara langsung kandungan aksi lucah di laman sesawang berjaya ditumpaskan pada Khamis.

Serbuan di sebuah kondominium di Cheras itu dijalankan sepasukan Bahagian Risikan Operasi Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras kira-kira jam 3 petang.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, dua warga China berusia 28 dan 31 tahun telah ditahan.

Menurutnya, polis turut merampas beberapa unit telefon bimbit.

"Hasil semakan awal, terdapat elemen tawaran penstriman langsung di platform di mana mangsa yang berminat akan menonton secara langsung kandungan aksi lucah atau bogel dalam waktu yang terhad.

"Mangsa diminta untuk membuat bayaran berikutnya bagi membolehkan laman tersebut diakses.

"Namun, setelah mangsa membuat bayaran, mangsa tidak dapat perkhidmatan seperti mana yang dijanjikan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, semua urusan melibatkan transaksi pembayaran dan akaun dipercayai diuruskan oleh kumpulan lain yang masih bebas.

Katanya, sindiket yang menyasarkan warga Hong Kong itu telah beroperasi kira-kira enam bulan di unit kondominium tersebut dan menggunakan rangkaian talian telco untuk mengakses internet bagi kegiatan aktiviti mereka.

Artikel Berkaitan:

Tegasnya, kedua-dua suspek termasuk seorang wanita direman empat hari hingga 2 Februari untuk disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan serta Seksyen 120B Kanun Keseksaan.

 

Ringkasan AI

  • Sindiket penipuan yang menawarkan tontonan aksi lucah secara langsung di laman sesawang ditumpaskan di Cheras
  • Dua warga China berusia 28 dan 31 tahun ditahan
  • Polis merampas beberapa unit telefon bimbit
  • Mangsa dijanjikan tontonan langsung aksi lucah tetapi ditipu selepas membuat bayaran
  • Sindiket menyasarkan warga Hong Kong dan beroperasi selama enam bulan menggunakan rangkaian telco

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!