X

Kindly register in order to view this article
!

Sempat lagi main takraw, berkelah di kawasan air terjun ingkar PKP

Seramai 33 individu termasuk kanak-kanak didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan ingkar PKP hari ini.
A
A

IPOH - Bermain sepak takraw dan berkelah di kawasan air terjun antara kesalahan yang dilakukan oleh 33 tertuduh yang didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini atas pertuduhan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekitar Ipoh sejak 22 Mac.

Daripada jumlah itu, tujuh individu merupakan remaja dan kanak-kanak lelaki berusia 12 hingga 18 tahun.

Dalam prosiding yang berlangsung selama tiga jam itu, 26 individu termasuk tiga wanita mengaku salah atas pertuduhan yang dibacakan secara berasingan dan masing-masing didenda RM1,000.

Majistret Mohammad 'Afifi Mohammad turut memerintahkan kesemua tertuduh berumur antara 20 hingga 48 tahun itu dipenjara selama dua bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Seorang tertuduh turut didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan atas pertuduhan menghalang penjawat awan yang menjalankan tugas ketua operasi sekatan jalan raya Ops Covid-19.

Seramai 33 individu termasuk kanak-kanak didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan ingkar PKP hari ini.
Seramai 33 individu termasuk kanak-kanak didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan ingkar PKP hari ini.

Tertuduh berusia 20 tahun itu didenda RM6,000 atau penjara 10 bulan jika gagal melunaskan denda itu.

Selain itu, Mohamad 'Afifi telah membenarkan tujuh remaja dan kanak-kanak tersebut diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah turut menetapkan 4 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Kesemua mereka ditahan di lokasi berasingan sekitar Taman Meru 2C, Jelapang; Jalan Yang Kalsom, Taman Pengkalan Perdana, Kampung Datuk Ahmad Said 2, Manjoi dan Kampung Sungai Badok, Chemor antara 22 Mac hingga semalam.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Waffy Ismail manakala kesemua tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Nor Izawani Ahmad Jalaludin.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus