Gunung Semeru meletus tiga kali, muntahkan abu sejauh 1km

Gunung Semeru memuntahkan awan mengandungi abu setinggi kira-kira 700 meter dari puncaknya - Foto: Agensi
Gunung Semeru memuntahkan awan mengandungi abu setinggi kira-kira 700 meter dari puncaknya - Foto: Agensi
A
A
A

JAKARTA - Gunung Semeru yang terletak di sempadan daerah Lumajang dan Malang, Wilayah Jawa Timur meletus sekali lagi pada pagi Jumaat, dengan memuntahkan awan yang mengandungi abu sehingga satu kilometer (km) dari puncaknya.

Seorang petugas di Pos Pemerhatian Gunung Semeru, Sigit Rian berkata gunung berapi itu meletus sebanyak tiga kali. Letusan pertama berlaku pada jam 4.44 pagi waktu tempatan, menghamburkan kepulan abu volkano panas setinggi kira-kira 800 meter dari puncak.

"Awan mengandungi abu berwarna putih hingga kelabu dengan intensiti tebal, bergerak ke arah timur laut dan timur,” katanya seperti dilaporkan Agensi Berita ANTARA pada Jumaat.

Sigit berkata, letusan kedua berlaku pada jam 5.16 pagi, diikuti letusan ketiga pada 5.52 pagi dengan awan mengandungi abu mencecah kira-kira 1,000 meter dari puncak.

Aktiviti terbaharu itu menyusul selepas letusan pada Khamis, apabila Gunung Semeru memuntahkan awan mengandungi abu setinggi kira-kira 700 meter dari puncaknya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Gunung Semeru di Jawa Timur meletus lagi pada pagi Jumaat
  • Gunung tersebut meletus tiga kali dengan letusan pertama pada 4.44 pagi
  • Letusan memuntahkan awan abu panas setinggi 800 meter dari puncak
  • Awan mengandungi abu bergerak ke arah timur laut dan timur
  • Letusan ketiga mencapai ketinggian kira-kira 1,000 meter dari puncak

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!