GenAI tumpuan utama di acara LiveX KL 2026 minggu depan

PEMIMPIN teknologi terkemuka, inovator kecerdasan buatan (AI) serta pemain industri telekomunikasi dan keterhubungan dari seluruh dunia bakal berhimpun di acara LiveX KL 2026 yang meneroka potensi transformatif kecerdasan buatan generatif (GenAI) dalam industri teknologi dan telekomunikasi.
Bertemakan “GenAI Unleashed: Driving Networks, CX and Innovation for AI-First Telcos” acara pada 6 Februari depan di Hilton Kuala Lumpur itu menekankan peranan kritikal AI dan GenAI dalam membentuk masa depan operasi rangkaian, model perniagaan dan pengalaman pelanggan.
Ia menjanjikan gabungan wawasan strategik, inspirasi dan kepakaran industri menerusi ucaptama berprofil tinggi, sesi meja bulat interaktif, sesi fireside chat serta pameran eksklusif yang mengetengahkan idea dan teknologi termaju memacu evolusi keterhubungan global.
Menghimpunkan lebih 30 pengendali terkemuka dan lebih 200 eksekutif kanan, pembuat keputusan peringkat C serta rakan teknologi dari seluruh dunia ia sekali gus mewujudkan platform dinamik untuk pertukaran ilmu, kolaborasi dan rangkaian bernilai tinggi.
Pada acara sehari itu, peserta berpeluang mendapat perkongsian eksklusif mengenai bagaimana AI dan GenAI mentransformasikan model perniagaan telko, operasi rangkaian serta pengalaman pelanggan, sekali gus memperkasa generasi baharu pengendali hiper-berhubung.
Pemimpin industri kanan akan turut berkongsi strategi praktikal, kes penggunaan inovatif serta pelaksanaan dunia sebenar selain menawarkan kepada peserta perspektif barisan hadapan mengenai masa depan landskap telekomunikasi.
Dianjurkan The Fast Mode, LiveX KL 2026 meneruskan misi syarikat untuk memangkin dialog industri, berkongsi wawasan yang boleh dilaksanakan serta memacu transformasi dalam pasaran infrastruktur digital utama.
LiveX KL 2026 turut disokong penaja dan rakan strategik termasuk Huawei, ANDREW (syarikat Amphenol), Wavelo, Whale Cloud, AMD, Bridge Data Centres, Summa Networks dan Aprecomm.
Antara sesi menarik termasuk ucaptama bertajuk Reinventing customer experience: Building the AI-native, hyper-personalized telco of tomorrow oleh Ketua Pegawai Eksekutif Banglalink, Johan Buse serta pelbagai sesi perbincangan oleh pakar dan pemain industri berkaitan.
Pada acara sama, akan turut berlangsung The Fast Mode Recognition & Awards Ceremony yang mengiktiraf inovasi, kepimpinan dan pencapaian cemerlang dalam landskap telekomunikasi dan infrastruktur digital global.
Majlis akan menyorot perintis yang membentuk dunia terhubung masa hadapan dan menawarkan peserta peluang unik untuk meraikan kecemerlangan bersama rakan industri dan rakan kongsi.
Ringkasan AI
- PEMIMPIN teknologi, inovator AI dan pemain industri telekomunikasi berhimpun di LiveX KL 2026 untuk meneroka AI generatif
- Acara bertemakan "GenAI Unleashed" menekankan peranan AI dalam masa depan operasi rangkaian dan pengalaman pelanggan
- Lebih 30 pengendali dan 200 eksekutif kanan akan hadir untuk pembentukan platform kolaborasi dan pertukaran ilmu
- Peserta akan mendapat perkongsian mengenai transformasi model perniagaan dan operasi telko melalui AI dan GenAI
- LiveX KL 2026 dianjurkan oleh The Fast Mode dengan sokongan dari Huawei, AMD dan syarikat teknologi lain
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

