Bidaan siri nombor plat 'FH' dibuka Ahad ini - KP JPJ

Aedy Fadly (tengah) menunjukkan nombor pendaftaran FH pada Majlis Pelancaran Nombor Pendaftaran Istimewa Siri FH Sempena Hari Wilayah Persekutuan di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin, Perbadanan Putrajaya hari ini. - Foto: Bernama
Aedy Fadly (tengah) menunjukkan nombor pendaftaran FH pada Majlis Pelancaran Nombor Pendaftaran Istimewa Siri FH Sempena Hari Wilayah Persekutuan di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin, Perbadanan Putrajaya hari ini. - Foto: Bernama
A
A
A

 

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuka tawaran Nombor Pendaftaran Istimewa Siri FH secara bidaan dalam talian selama lima hari bermula Ahad ini sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2026.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, orang awam boleh membuat tawaran bidaan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) ‘FH 1 hingga FH 9999’ melalui Sistem JPJeBid yang akan ditutup pada 10 malam pada 5 Februari.

"Pengenalan NPI 'FH' adalah sangat signifikan sebagai simbolik bagi memperingati penubuhan Wilayah Persekutuan Putrajaya serta menghargai peranan dan sumbangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan dalam pembangunan negara.

"Tarikh keputusan bagi NPI ‘FH’ adalah pada 6 Februari iaitu dalam tempoh 24 jam,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan NPI ‘FH’ Sempena Hari Wilayah Persekutuan 2026 di sini hari ini.

Turut hadir Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Datuk Mohd Sakeri Abdul Kadir dan Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Datuk Jazmanie Shafawi.

Aedy Fadly berkata, harga bidaan dalam JPJeBid adalah mengikut harga minimum yang ditetapkan iaitu nombor utama RM20,000, nombor premium (RM5,000), nombor menarik (RM2,500), nombor popular (RM500) dan nombor biasa (running) (RM300).

"Kaedah penawaran secara bidaan ini tertakluk kepada terma dan syarat sedia ada yang telah ditetapkan melalui Sistem JPJeBid.
"Mana-mana nombor pendaftaran yang berjaya dibida mestilah didaftarkan pada sebuah kenderaan dalam tempoh dua belas bulan dari tarikh surat keputusan bidaan rasmi dikeluarkan,” katanya. - Bernama

 

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • Kementerian Pengangkutan melalui JPJ membuka tawaran Nombor Pendaftaran Istimewa Siri FH secara bidaan dalam talian selama lima hari
  • Orang awam boleh membuat tawaran bidaan Nombor Pendaftaran Istimewa 'FH 1 hingga FH 9999' melalui Sistem JPJeBid
  • Pengenalan NPI 'FH' adalah sebagai simbolik bagi memperingati penubuhan Wilayah Persekutuan dan menghargai sumbangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan
  • Tarikh keputusan bagi NPI 'FH' adalah pada 6 Feb dalam tempoh 24 jam
  • Harga bidaan dalam JPJeBid adalah mengikut harga minimum yang ditetapkan; nombor utama RM20,000, nombor premium RM5,000, nombor menarik RM2,500, nombor popular RM500, dan nombor biasa RM300

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!