Cawangan ke-74 Mydin kukuh rangkaian di Kedah

Azmin (tengah) menunjukkan ayam yang ditawarkan pada harga promosi sempena pembukaan Mydin Gurun.
Azmin (tengah) menunjukkan ayam yang ditawarkan pada harga promosi sempena pembukaan Mydin Gurun.
A
A
A

GURUN – Peruncit dan pemborong halal, Mohamed Holdings Berhad (Mydin) membuka cawangan ke-74 secara rasmi di Jerai Plaza di sini pada Khamis, sekali gus mengukuhkan rangkaiannya di negeri Kedah.

Pengarah Eksekutif Mydin Wilayah Utara, Azmin Saduruddin berkata, pembukaan cawangan keempat dengan pelaburan lebih RM6 juta itu mencerminkan komitmen dalam memastikan akses barangan keperluan berkualiti pada harga berpatutan dalam masa sama membantu meringankan kos sara hidup rakyat.

Menurutnya, dengan lebih 20,000 unit penyimpanan stok (SKU) barangan pelbagai jenama, keperluan runcit dan barang dapur selain parkir percuma dan kaunter pembayaran mencukupi diharap mampu memberi keselesaan kepada pengunjung.

"Sempena pembukaan cawangan Gurun, kita memberi tawaran eksklusif kepada Ahli Meriah Mydin di mana Ayam Bismi dijual pada harga RM1 seekor, terhad kepada 100 kupon terawal sehari, berlangsung selama lima hari, bermula 29 Januari hingga 2 Februari ini.

"Selebihnya Ayam Bismi boleh diperoleh pada harga RM6.88 sekilogram kepada orang ramai," katanya.

Hadir sama merasmikan majlis, Ahli Majlis Perbandaran Sungai Petani, Mohamad Ismail, Pengarah Urusan Mydin, Datuk Dr Ameer Ali Mydin dan Pengarah Urusan Mydin Wilayah Utara, Datuk Dr Saduruddin Gulam Husen.

Azmin berkata, kewujudan Mydin Gurun diharap berupaya menghidupkan semula Jerai Plaza sebagai pusat tumpuan ramai selain membuka peluang pekerjaan kepada komuniti setempat.

"Selain itu, kami turut menawarkan pelbagai promosi hebat seiring kedatangan Tahun Baru Cina dan bulan suci Ramadan

yang bakal tiba, daripada barang basah, runcit, pakaian, barangan muslimah sehinggalah ke kelengkapan rumah," jelas beliau.

Artikel Berkaitan:

Abdul Rahman
Abdul Rahman

Sementara itu, salah seorang pengunjung, Abdul Rahman Abu Bakar, 36, dari Pendang berkata, dengan adanya Mydin Gurun, barang runcit dan kelengkapan rumah, boleh diperolehi dengan mudah.

"Harga berpatutan, pelbagai barangan jadi pilihan, boleh pilih macam-macam, yang penting kita sokong usahawan tempatan," katanya.

Selain itu, pekerja swasta, Hartini Rashid, 46, mengakui hadir pada hari pembukaan untuk melihat promosi yang ditawarkan selain mencari persiapan Ramadan.

"Dulu nak pi jauh, di Sungai Petani, sekarang ni dekat rumah saja, senang, beri manfaat pada penduduk setempat," katanya.

Seorang lagi, Lin Kim, 61, berkata, hadir pada hari pembukaan untuk melihat promosi yang ditawarkan selain mendapatkan barangan keperluan harian berikutan kedudukannya yang lebih dekat dengan kawasan perumahan.

Lin Kim
Lin Kim

Ringkasan AI

  • Mydin membuka cawangan ke-74 di Jerai Plaza, Kedah
  • Cawangan baharu melibatkan pelaburan lebih RM6 juta
  • Menawarkan lebih 20,000 unit penyimpanan stok dan kemudahan parkir percuma
  • Ayam Bismi dijual pada harga promosi sempena pembukaan
  • Berupaya menghidupkan semula Jerai Plaza dan membuka peluang pekerjaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!