DAP Sabah umum 7 calon secara rasmi tanding PRN Sabah

Anthony mengumumkan tujuh calon DAP untuk bertanding pada PRN Sabah.
Anthony mengumumkan tujuh calon DAP untuk bertanding pada PRN Sabah.
A
A
A

KOTA KINABALU - [DIKEMAS KINI] DAP Sabah mengumumkan tujuh calonnya secara rasmi termasuk tiga muka baharu dan dua lagi ahli parlimen yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) yang akan berlangsung pada 29 November ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya dan Pengumuman Calon-Calon PH-DAP di sini, pada Sabtu.

Tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi ialah Elopura diwakili Setiausaha DAP Sabah merangkap Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong; DUN Sri Tanjung diwakili Ketua DAPSY Tawau, Philip Yap Wui Lip; DUN Luyang diwakili oleh Setiausaha Eksekutif DAPSY Sabah, Chan Loong Wei.

Sementara itu, bagi DUN Likas diwakili oleh Pengerusi DAP Sabah yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luyang, Datuk Phoong Jin Zhe; DUN Kapayan dikekalkan kepada Jannie Lasimbang, DUN Tanjung Papat diwakili Tang Szu Ching dan DUN Tanjung Aru diwakili Timbalan Pengerusi DAP Sabah merangkap Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin.

Satu lagi kerusi yang terletak di kawasan pedalaman dipercayai DUN Kemabong bakal diumumkan kelak kerana masih dalam rundingan dengan rakan gabungan parti.

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • DAP Sabah mengumumkan tujuh calon untuk PRN17 termasuk tiga muka baharu
  • Dua ahli parlimen DAP termasuk dalam senarai calon
  • Pengumuman calon dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke
  • Tujuh kerusi DUN yang ditandingi termasuk Tanjung Papat, Luyang, dan Likas
  • Satu lagi kerusi akan diumumkan kemudian kerana masih dalam rundingan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!