Kerajaan umum tambang ECRL selepas dapat kelulusan APAD

Anthony (dua dari kanan) bersama Darwis (dua dari kiri) mengadakan lawatan ke Stesen ECRL Kota Bharu di Tunjong, Kota Bharu pada Khamis.
Anthony (dua dari kanan) bersama Darwis (dua dari kiri) mengadakan lawatan ke Stesen ECRL Kota Bharu di Tunjong, Kota Bharu pada Khamis.
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan dijangka akan mengumumkan kadar tambang Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) selepas mendapat kelulusan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, hal ini kerana perkara itu perlu melalui proses kajian pasaran terlebih dahulu.

Bagaimanapun menurut beliau, perkara itu akan diumumkan lebih awal sebelum pengoperasian penuh sistem pengangkutan darat itu yang dijangka bermula Januari tahun depan.

"Sekarang fokus pihak kita adalah untuk memastikan kerja-kerja pembinaan dan pemasangan siap sepenuhnya,"katanya ketika ditemui semasa mengadakan lawatan ke Stesen ECRL Kota Bharu di Tunjong di sini pada Khamis.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak.

Menurut beliau, projek berkenaan perlu dipastikan siap mengikut jadual serta lulus ujian serta pentauliahan daripada APAD.

Katanya, hal ini kerana penetapan tambang tidak akan bermakna sekiranya sistem pengangkutan itu tidak boleh beroperasi.

"Jadi kita harap semua pihak memahami keadaan itu dan kita akan mengemaskini perkembangan pembinaan ECRL ini dari semasa ke semasa," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kerajaan dijangka akan mengumumkan kadar tambang Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) selepas kelulusan APAD
  • Proses penetapan kadar tambang memerlukan kajian pasaran terlebih dahulu
  • Pengumuman kadar tambang dijangka dibuat sebelum pengoperasian penuh ECRL bermula Januari tahun depan
  • Fokus utama adalah memastikan pembinaan dan pemasangan ECRL siap sepenuhnya
  • Penetapan tambang bergantung kepada kejayaan ECRL lulus ujian dan pentauliahan APAD

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!