Fitnah terhadap Azam Baki, Albert Tei dipanggil beri keterangan

Albert Tei. Foto: Bernama
Albert Tei. Foto: Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan Albert Tei hadir ke Bukit Aman pada 10.44 pagi hari ini bagi memberi keterangan berhubungan laporan polis oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mendakwa beliau memfitnah Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Beliau yang hadir bersama peguamnya, N Surendren dan Mahajoth Singh, selesai memberi keterangan pada 12.40 tengah hari.

Terdahulu, Surendren dalam sidang medianya berkata, anak guamnya dipanggil ke Bukit Aman hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

Pada 27 November lepas, seorang pegawai SPRM membuat laporan polis berhubung klip video tular di media sosial yang memaparkan seorang wanita dan Tei, yang didakwa mengandungi tohmahan terhadap Azam. - Bernama

 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Ahli perniagaan Albert Tei hadir ke Bukit Aman bagi memberi keterangan berkaitan laporan polis SPRM
  • Beliau ditemani oleh peguamnya, N Surendren dan Mahajoth Singh
  • Selesai memberi keterangan pada waktu tengah hari
  • Dipanggil untuk membantu siasatan berdasarkan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan
  • Laporan polis dibuat berhubung klip video di media sosial yang didakwa memfitnah Ketua Pesuruhjaya SPRM

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!