11 individu mengaku salah ingkar PKP

Tertuduh yang didakwa di Mahkamah Majistret Temerloh hari ini atas tuduhan melanggar arahan PKP di daerah itu.
Tertuduh yang didakwa di Mahkamah Majistret Temerloh hari ini atas tuduhan melanggar arahan PKP di daerah itu.
A
A
A

TEMERLOH - Seramai 11 individu termasuk empat remaja mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sekitar daerah ini.

Mereka yang berusia 15 hingga 51 tahun itu ditahan di lokasi berasingan di daerah ini iaitu di Kampung Tualang, Taman Chengal, Taman Sri Layang, Taman Seri Kemuning di sini antara 26 hingga 29 Mac lalu.

Pendakwaan terhadap mereka dikemukakan mengikut Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum di bawah Peraturan 7(1) peraturan sama bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan denda maksimum RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau keduanya.

Tertuduh yang didakwa di Mahkamah Majistret Temerloh hari ini atas tuduhan melanggar arahan PKP di daerah itu.
Tertuduh yang didakwa di Mahkamah Majistret Temerloh hari ini atas tuduhan melanggar arahan PKP di daerah itu.

Majistret Ti Pei Si kemudiannya menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM1,000 atau tiga bulan penjara kepada tujuh individu terbabit.

Bagi empat remaja itu, Pei Si menetapkan ikat jamin sebanyak RM400 seorang tanpa cagaran dengan sebutan semula kes pada 21 Mei depan.

Pei Si juga menetapkan supaya laporan akhlak diserahkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan semua remaja itu perlu melaporkan diri ke balai berhampiran setiap 28 hari bulan.

Artikel Berkaitan:

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Rifah Izzati Abdul Mutalib.