Timbalan Ketua Menteri Maharashtra maut pesawat terhempas

Ajit Pawar, dilaporkan meninggal dunia selepas pesawat yang dinaikinya terhempas di Baramati, daerah Pune pada 28 Januari 2026.-Agensi
Ajit Pawar, dilaporkan meninggal dunia selepas pesawat yang dinaikinya terhempas di Baramati, daerah Pune pada 28 Januari 2026.-Agensi
A
A
A

BARANATI, INDIA – Timbalan Ketua Menteri Negeri Maharashtra dan Presiden Parti Kongres Nasionalis (NCP), Ajit Pawar disahkan maut dalam insiden nahas pesawat kecil berhampiran Lapangan Terbang Baramati pada pagi Selasa, menurut pihak berkuasa penerbangan India, lapor NDTV.

Dalam kejadian sekitar jam 8.45 pagi waktu tempatan, pesawat jenis Learjet 45 yang berlepas dari Mumbai dilaporkan terhempas ketika cuba mendarat di Baramati kira-kira 45 minit selepas berlepas.

Nahas itu turut mengorbankan empat individu lain termasuk dua juruterbang dan anggota keselamatan peribadi Pawar.

Ketua Pengarah Penerbangan Awam India (DGCA) memaklumkan kesemua lima penumpang di dalam pesawat disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Rakaman dari tempat kejadian menunjukkan serpihan pesawat hangus, asap tebal serta pasukan kecemasan bergegas membawa mangsa ke hospital berhampiran.

Ajit Pawar, 66, dilaporkan dalam perjalanan untuk menghadiri beberapa program awam menjelang pilihan raya badan tempatan.

Beliau merupakan anak saudara kepada tokoh politik veteran India, Sharad Pawar, dan sepupu kepada Ahli Parlimen Lok Sabha, Supriya Sule.

Pawar mencetuskan perubahan besar landskap politik Maharashtra pada 2023 selepas mengetuai perpecahan dalam NCP sebelum menyertai kerajaan Perikatan Demokratik Nasional (NDA) dan dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri.

Siasatan punca nahas sedang dijalankan oleh pihak berkuasa penerbangan India.

Artikel Berkaitan:

Setakat ini, kerajaan negeri Maharashtra dan kepimpinan NCP belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung tragedi tersebut. - Agensi

Ringkasan AI

  • Ajit Pawar, Timbalan Ketua Menteri Maharashtra, meninggal dalam nahas pesawat di Lapangan Terbang Baramati
  • Nahas itu berlaku ketika pesawat cuba mendarat dan mengorbankan semua lima penumpang termasuk Ajit Pawar
  • Serpihan pesawat hangus ditemui di lokasi kejadian dengan pasukan kecemasan bertindak
  • Ajit Pawar adalah anak saudara kepada Sharad Pawar dan pernah mencetuskan perubahan politik di Maharashtra
  • Siasatan punca nahas sedang dijalankan oleh pihak berkuasa penerbangan India

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!