Pengusaha kedai makan rugi lebih RM360,000 diperdaya individu menyamar polis

TANGKAK - Seorang peniaga kedai makan di sini kerugian RM364,500 selepas diperdaya individu menyamar pegawai polis hingga mangsa menyerahkan maklumat perbankan syarikatnya.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, berdasarkan laporan dibuat semalam, wanita berusia 58 tahun itu dihubungi suspek pada 23 Januari lepas yang mendakwa mangsa terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram.
"Akibat rasa takut dan tertekan dengan dakwaan tersebut, mangsa telah menyerahkan maklumat perbankan syarikat termasuk kata laluan sekali guna (OTP) yang diterima daripada pihak bank kepada suspek,” katanya dalam kenyataan.
Roslan berkata, ini mengakibatkan maklumat perbankan dalam talian mangsa telah diambil alih oleh pihak ketiga dan berlaku pemindahan wang tanpa disedari mangsa.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - Bernama
Ringkasan AI
- Seorang peniaga kedai makan di Tangkak kerugian RM364,500 kerana diperdaya individu menyamar pegawai polis
- Mangsa, wanita berusia 58 tahun, dihubungi suspek pada 23 Januari yang mendakwa mangsa terlibat dalam pengubahan wang haram
- Mangsa menyerahkan maklumat perbankan termasuk kata laluan sekali guna (OTP) kerana rasa takut dan tertekan
- Maklumat perbankan dalam talian mangsa diambil alih dan berlaku pemindahan wang tanpa pengetahuan mangsa
- Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
