Enam daerah tidak terima hujan lebih tujuh hari berturut-turut

Sebanyak enam kawasan di negara ini dikesan tidak menerima hujan melebihi tujuh hari berturut-turut.
Sebanyak enam kawasan di negara ini dikesan tidak menerima hujan melebihi tujuh hari berturut-turut.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak enam kawasan di negara ini dikesan tidak menerima hujan melebihi tujuh hari berturut-turut dengan Perlis mencatatkan jumlah hari tanpa hujan tertinggi sebanyak 30 hari.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam hantaran di Facebook pada Selasa memaklumkan, ia diikuti Pulau Langkawi (Kedah) selama 27 hari.

Melaka Tengah (Melaka), Barat Daya (Pulau Pinang) dan Kuala Langat (Selangor) masing-masing mencatat 23 hari tidak menerima hujan dan Kota Setar (Kedah) selama 20 hari.

Data dikeluarkan MET Malaysia pada Selasa.
Data dikeluarkan MET Malaysia pada Selasa.

MET Malaysia dalam kenyataannya memaklumkan pihaknya akan terus memantau perkembangan cuaca dari semasa ke semasa melalui sistem Fire Danger Rating System (FDRS).

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang bacaan semasa FDRS boleh melayari portal MET Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kuala Lumpur mengalami enam kawasan tanpa hujan lebih dari tujuh hari berturut-turut
  • Perlis mencatatkan jumlah hari tanpa hujan tertinggi iaitu 30 hari
  • Pulau Langkawi mengalami 27 hari tanpa hujan
  • Melaka Tengah, Barat Daya dan Kuala Langat masing-masing 23 hari tanpa hujan
  • Kota Setar tanpa hujan selama 20 hari

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!