Isteri bekas PTD didakwa di Mahkamah Kuala Terengganu hari ini

Salwani Anuar@Kamaruddin, akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini atas pertuduhan berkaitan aktiviti pengubahan wang haram.
Salwani Anuar@Kamaruddin, akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini atas pertuduhan berkaitan aktiviti pengubahan wang haram.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Isteri kepada bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, Salwani Anuar@Kamaruddin, akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini atas pertuduhan berkaitan aktiviti pengubahan wang haram.

Wanita berusia 27 tahun itu tiba sendiri di pekarangan mahkamah pada jam 8.25 pagi dengan berpakaian kemeja putih dan bertudung hitam, serta menggunakan kerusi roda untuk memasuki bangunan mahkamah kerana dilaporkan menghidap bisul kronik pada bahagian paha.

Pada Khamis lepas, Salwani mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan menerima hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM77,000 dan dibenarkan diikat jamin RM30,000 dengan dua penjamin oleh Hakim Rosli Ahmad.

Pada 7 Januari lepas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi Ops Parasit menahan seorang pegawai kanan bersama dua isterinya berhubung siasatan terhadap projek perolehan tender Tentera Darat.

Keesokan harinya, pegawai berkenaan direman selama tujuh hari, manakala kedua-dua isterinya masing-masing direman selama tiga dan enam hari.

Siasatan SPRM terhadap kes itu bermula sejak 7 Okt 2025 dan disifatkan sensitif kerana melibatkan pegawai berpangkat tinggi serta kepentingan awam.

Pada 23 Disember 2025, sepasukan pegawai SPRM hadir ke Kementerian Pertahanan bagi memulakan siasatan awal terhadap beberapa projek membabitkan Tentera Darat sejak 2023. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Isteri bekas Panglima Tentera Darat akan didakwa atas pertuduhan pengubahan wang haram
  • Tertuduh, Salwani Anuar@Kamaruddin, berusia 27 tahun dan menggunakan kerusi roda
  • Salwani mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menerima hasil RM77,000 dari aktiviti haram
  • SPRM menahan pegawai kanan Tentera Darat dan dua isterinya dalam siasatan pengubahan wang
  • Siasatan SPRM bermula sejak 7 Okt 2025, melibatkan projek Tentera Darat sejak 2023

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!