SPRM perlu siasat Syed Saddiq: MCW

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim
Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat kes kehilangan wang peti besi milik bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, pihaknya bimbang sekiranya wujud salah laku melibatkan pihak berkepentingan.

"Kita risau pemimpin muda harapan negara ini mungkin telah 'dibeli' menerusi kaedah ini oleh pihak yang berkepentingan yang membawa kepada perbuatan salah guna kuasa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama, beliau menggesa Ahli Parlimen Muar itu menjelaskan kepada rakyat Malaysia punca wang tersebut secara terperinci.

Katanya, sebagai ahli parlimen yang selalu bercakap tentang anti rasuah dan salah guna kuasa, Syed Saddiq mestilah jujur, matang dan bersikap terbuka.

"Rakyat berhak untuk tahu kerana kami yakin beliau adalah bakal pemimpin masa depan negara yang semestinya bertanggungjawab dan berintegriti tinggi," katanya.

Semalam, Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu mengesahkan, kecurian berlaku di kediaman beliau dan polis sudah membuat siasatan di rumahnya sejak Ahad malam.

[ARTIKEL BERKAITAN] - Duit hilang RM250,000 bukan milik Bersatu: Syed Saddiq

Artikel Berkaitan: