10 filem paling meletup sepanjang zaman

Terdapat beberapa karya yang bukan sahaja mencatat kutipan box office luar biasa malah turut meninggalkan kesan mendalam kepada penonton.
Terdapat beberapa karya yang bukan sahaja mencatat kutipan box office luar biasa malah turut meninggalkan kesan mendalam kepada penonton.
A
A
A

SEPANJANG sejarah perfileman, terdapat beberapa karya yang bukan sahaja mencatat kutipan box office luar biasa, tetapi juga meninggalkan kesan yang mendalam kepada penonton dan budaya pop global.

Filem-filem tersebut berjaya memikat hati jutaan penonton melalui gabungan jalan cerita yang kuat, lakonan ikonik, visual menakjubkan dan runut bunyi yang melekat di ingatan.

Selain itu, ia juga telah menetapkan standard baharu dalam dunia perfileman dan menjadi rujukan bagi generasi akan datang.

Berikut adalah 10 filem paling laris sepanjang zaman yang terus dikenang dan digemari penonton di seluruh dunia.

1
1

1. Avatar (2009)

Ia sering dianggap sebagai filem paling meletup sepanjang zaman kerana impaknya bukan sahaja dari segi kutipan, tetapi juga membawa perubahan besar kepada industri perfileman. Pembikin filem, James Cameron memperkenalkan teknologi 3D dan CGI yang jauh mendahului zamannya sehingga dunia Pandora kelihatan hidup dan realistik. Kejayaan Avatar menjadikan ia penanda aras baharu bagi filem berskala besar dan membuka jalan kepada penggunaan teknologi visual moden dalam filem Hollywood.

Artikel Berkaitan:

2
2

2. Avengers: Endgame (2019)

Filem ini merupakan kemuncak kepada perjalanan lebih sedekad Marvel Cinematic Universe (MCU). Ia bukan sekadar tontonan biasa, namun menjadi satu acara global. Gabungan aksi, emosi dan penamat kepada watak-watak ikonik Iron Man meninggalkan kesan mendalam kepada penonton terutamanya peminat Marvel.

3
3

3. Titanic (1997)

Ia menjadi fenomena dunia kerana gabungan kisah cinta tragis dengan tragedi sejarah sebenar. Ia turut menonjolkan jurang sosial yang ketara pada awal abad ke-20 selain visual kapal mewah. Lagu runut bunyi My Heart Will Go On bukan sahaja menambah kesan dramatik, tetapi juga menjadikannya fenomena budaya pop global, sekali gus mengukuhkan kedudukan Titanic sebagai filem paling laris pada ketika itu.

4
4

4. Star Wars: A New Hope (1977)

Filem ini memperkenalkan dunia sains fiksyen (sci-fi) dunia galaksi jauh melibatkan konflik antara Sith (kuasa jahat) dan Jedi (penjaga keamanan serta keadilan). Ia melahirkan budaya fandom moden termasuk konvensyen peminat, barangan permainan dan komuniti global yang masih aktif hingga kini. Star Wars bukan sekadar filem, namun mewujudkan satu budaya.

5
5

5. Jurassic Park (1993)

Buat pertama kalinya dinosaur kelihatan benar-benar hidup di layar perak. Gabungan CGI dan animatronik menghasilkan kesan realisme yang mengagumkan. Adegan T-Rex dan Velociraptor masih diingati hingga kini. Filem ini bukan sahaja berjaya secara komersial, tetapi juga mengubah cara filem menggunakan kesan visual.

6
6

6. Avengers: Infinity War (2018)

Tidak seperti filem adiwira biasa, filem ini berakhir dengan kemenangan watak antagonis (Thanos). Babak separuh watak wira Marvel lenyap mencetuskan kejutan dan menjadi perbincangan besar di media sosial. Filem ini menekankan tema pengorbanan dan keberanian selain menunjukkan bahawa bukan semua masalah boleh diselesaikan dengan kekuatan fizikal semata-mata.

7
7

7. The Dark Knight (2008)

Filem adiwira dengan genre gelap arahan Christopher Nolan ini menonjolkan konflik moral dan psikologi antara Batman dan Joker yang merupakan seorang penjenayah psikopat taasub dengan kekacauan. Lakonan mendiang Heath Ledger sebagai Joker dianggap ikonik dan memenangi Anugerah Oscar secara anumerta, sekali gus menjadikannya salah satu watak penjahat paling diingati dalam sejarah filem.

8
8

8. Spider-Man: No Way Home (2021)

Ia menggabungkan elemen aksi, nostalgia dan konsep multiverse. Filem ini mengisahkan Peter Parker yang berdepan pelbagai situasi tidak diduga apabila identiti Spider-Man terbongkar. Kejutan terbesar filem ini adalah kemunculan beberapa versi Spider-Man daripada filem terdahulu. Ia menjadi fenomena budaya pop kerana berjaya menyatukan generasi peminat.

9
9

9. The Matrix (1999)

Filem sci-fi arahan The Wachowskis ini memperkenalkan dunia futuristik di mana manusia hidup dalam simulasi komputer yang dikawal oleh mesin. Ia meletup kerana gabungan aksi yang inovatif, teknik slow motion (bullet time) dan konsep falsafah tentang realiti serta kebebasan. Pil merah atau biru menjadi salah satu adegan paling ikonik yang melambangkan pilihan watak utamanya, Neo untuk menghadapi kebenaran atau terus hidup dalam ilusi.

10
10

10. Frozen (2013)

Tema persaudaraan yang kuat antara Elsa dan Anna, dipadu dengan lagu runut bunyi ikonik 'Let It Go' menjadikan filem tersebut satu fenomena global hingga kini. Filem animasi Disney ini bukan hanya menghiburkan kanak-kanak, tetapi turut mempengaruhi budaya pop di seluruh dunia. Ia membuktikan bahawa animasi mampu memberi impak yang setara dengan filem aksi sebenar.

 

Ringkasan AI

  • Karya filem tertentu mencatat kutipan box office tinggi dan meninggalkan kesan mendalam pada penonton serta budaya pop global
  • Filem berjaya menarik hati penonton melalui cerita kuat, lakonan ikonik, visual memukau, dan runut bunyi yang berkesan
  • Filem-filem penting telah menetapkan standard baru dalam industri perfileman dan menjadi rujukan untuk generasi akan datang
  • Termasuk dalam senarai ialah Avatar yang membawa revolusi dengan teknologi 3D dan CGI, menjadikannya sebagai penanda aras baru dalam filem berskala besar
  • Juga disebutkan adalah Avengers: Endgame yang menjadi kemuncak perjalanan Marvel Cinematic Universe, mempengaruhi peminat dengan gabungan aksi, emosi dan penamat watak ikonik

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!