Trump lancar pelan 'Gaza baharu'

Slaid 'pelan induk' untuk projek pembinaan semula Genting Gaza yang musnah akibat perang ganas lebih dua tahun lalu.
Slaid 'pelan induk' untuk projek pembinaan semula Genting Gaza yang musnah akibat perang ganas lebih dua tahun lalu.
A
A
A

DAVOS - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan rancangan bercita-cita tinggi, 'Gaza baharu' ketika acara perasmian Lembaga Keamanan yang akan turut memfokuskan konflik lain di seluruh dunia.

Menerusi slaid dibentangkan menantunya, Jared Kushner pada Khamis, beliau menunjukkan 'pelan induk' untuk projek pembinaan semula Genting Gaza yang musnah akibat perang ganas lebih dua tahun lalu.

Ia termasuk peta penempatan baharu selain memaparkan ilustrasi hotel dan pangsapuri tepi laut dengan kaspyen 'Gaza baharu'.

Trump tersenyum lebar selepas hasratnya untuk menubuhkan Lembaga Keamanan akhirnya dapat direalisasikan malah piagam entiti itu sudah ditandatangani 19 wakil negara yang hadir pada Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland.

Presiden Republikan itu menjangkakan penyertaan kira-kira 50 negara lagi termasuk Rusia yang masih mengkaji jemputan tersebut.

Difahamkan, negara terlibat juga dikehendaki membayar 'yuran keahlian tetap' berjumlah AS$1 bilion (RM4.01 bilion). - AFP

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan rancangan 'Gaza baharu' di Davos
  • Rancangan disampaikan melalui slaid oleh menantunya, Jared Kushner, menunjukkan pelan pembinaan semula Genting Gaza
  • Projek termasuk peta penempatan baharu dan ilustrasi hotel serta pangsapuri tepi laut
  • Lembaga Keamanan yang dihasratkan Trump telah ditubuhkan dengan piagam ditandatangani oleh 19 wakil negara di Davos
  • Seramai 50 negara lain termasuk Rusia dijangka menyertai dengan yuran keahlian tetap sejumlah AS$1 bilion

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!