Piala Dunia E-Sukan 2026 di Riyadh tawar hadiah AS$75 juta

Juara akan menerima RM28.3 juta manakala baki peruntukan hadiah akan diagihkan kepada kedudukan terbaik yang lain.
Juara akan menerima RM28.3 juta manakala baki peruntukan hadiah akan diagihkan kepada kedudukan terbaik yang lain.
A
A
A

RIYADH - Yayasan Piala Dunia E-Sukan (EWCF) mengumumkan pada Selasa penganjuran Piala Dunia E-Sukan 2026 (EWC), acara e-sukan terbesar di dunia, yang bakal kembali berlangsung di Riyadh dari 6 Julai hingga 23 Ogos dengan jumlah keseluruhan hadiah bernilai AS$75 juta (RM303 juta), lapor Xinhua.

Lebih 2,000 pemain dan 200 kelab dari lebih 100 negara serta wilayah akan bersaing dalam 24 permainan selama tujuh minggu bagi merebut gelaran Juara Kelab Piala Dunia E-sukan.

Pada 2026, Kejohanan Kelab EWC yang merupakan pertandingan rentas permainan utama EWC, akan menawarkan hadiah AS$30 juta (AS121 juta) kepada 24 kelab terbaik, peningkatan sebanyak AS$3 juta (RM12 juta) berbanding tahun sebelumnya.

Kelab yang muncul juara akan menerima AS$7 juta (RM28.3 juta), manakala baki peruntukan hadiah akan diagihkan kepada kedudukan terbaik yang lain.

Fortnite dan Trackmania merupakan antara penambahan baharu dalam EWC kali ini.

Senarai penuh permainan yang dipertandingkan ialah: Apex Legends, Call of Duty: Black Ops 7, Call of Duty: Warzone, Catur, Counter-Strike 2, Crossfire, Dota 2, EA Sports FC 26, FATAL FURY: City of the Wolves dan Fortnite.

turut dipertandingkan ialah Free Fire, Honor of Kings, League of Legends, Mobile Legends: Bang Bang, Overwatch 2, PUBG: Battlegrounds, PUBG Mobile, Rocket League, Street Fighter 6, Teamfight Tactics, TEKKEN 8, Tom Clancy's Rainbow Six Siege X, Trackmania dan VALORANT. - Bernama 

 

 

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • Yayasan Piala Dunia E-Sukan mengumumkan penganjuran Piala Dunia E-Sukan 2026 akan berlangsung di Riyadh dari 6 Julai hingga 23 Ogos
  • Acara tersebut menawarkan hadiah keseluruhan AS$75 juta
  • Lebih 2,000 pemain dan 200 kelab dari lebih 100 negara akan bersaing dalam 24 permainan
  • Kejohanan Kelab EWC menawarkan hadiah AS$30 juta kepada 24 kelab terbaik
  • Fortnite dan Trackmania merupakan penambahan baharu dalam pertandingan kali ini

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!