Ahmad Zahid pengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Kota Kinabalu

KOTA KINABALU - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamdi tiba di Kota Kinabalu dan seterusnya mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang berlangsung bermula sekitar jam 6 petang, Rabu.
Mesyuarat yang diadakan di sebuah hotel di sini dihadiri Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Datuk Seri Arthur Joseph Kurup; Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Mah Hang Soon dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
Selain itu, Ketua Wanita BN dan UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad; Pengerusi BN Sabah, Datuk Jafry Ariffin dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki turut hadir pada mesyuarat tersebut.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri, disambut Jafry sebelum mengadakan perbincangan kecil dengan pemimpin yang hadir.
Beliau kemudian memulakan mesyuarat yang difahamkan turut membincangkan mengenai penyertaan Parti Progresif Penduduk (PPP) ke dalam BN.
Ahmad Zahid sebelum itu dilaporkan berkata, PPP diiktiraf sebagai parti komponen BN dan formaliti pengiktirafan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat dewan tertinggi parti itu.
Ringkasan AI
- Ahmad Zahid Hamdi tiba di Kota Kinabalu untuk mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN
- Mesyuarat diadakan di sebuah hotel dan dihadiri oleh pemimpin dari pelbagai parti komponen BN
- Turut hadir Ketua Wanita BN dan UMNO serta Setiausaha Agung UMNO
- Ahmad Zahid disambut oleh Jafry Ariffin sebelum memulakan perbincangan
- Mesyuarat membincangkan tentang penyertaan Parti Progresif Penduduk ke dalam BN
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
