Lesen Tripz HR Holiday digantung - MOTAC

PUTRAJAYA - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengambil tindakan penggantungan lesen terhadap agensi pelancongan, Syarikat Tripz HR Holiday Sdn Bhd.
Ia susulan syarikat berkenaan melakukan kesalahan mengelolakan perkhidmatan pakej haji untuk musim haji 1445H/2024M tanpa lesen pengelola jemaah haji yang sah.
MOTAC menerusi kenyataan memaklumkan kesalahan itu merupakan pelanggaran terhadap seksyen 27 Akta Tabung Haji 1995 [Akta 535] dan undang-undang bertulis lain sebagaimana yang diperuntukkan di bawah perenggan 8(1)(b) Akta 482.
"Kementerian telah memutuskan untuk menggantung lesen Tripz HR Holiday bagi tempoh 7 Oktober 2025 sehingga 8 Januari 2026," katanya pada Rabu.
Tegas kementerian itu, memandang serius sebarang pelanggaran peruntukan undang-undang oleh pengusahaan pelancongan berlesen demi menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

