SPRM tidak tunduk kepada tekanan pihak luar, sentimen media sosial - Azam Baki

Azam (tengah) ketika majlis Sesi Dialog Eksklusif Pempengaruh Media Sosial Bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada Rabu.
Azam (tengah) ketika majlis Sesi Dialog Eksklusif Pempengaruh Media Sosial Bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada Rabu.
A
A
A

PUTRAJAYA — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak tunduk kepada tekanan atau arahan pihak luar yang dibentuk melalui sentimen media sosial, sebaliknya kekal berpegang kepada prinsip undang-undang dan fakta dalam setiap tindakan diambil.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, dalam era ledakan maklumat digital, masyarakat berhak melihat dan menilai pelbagai maklumat yang tersebar, namun peranan SPRM adalah memberi penjelasan berlandaskan fakta serta perkara sebenar.

“Hebahan di media sosial memang tidak boleh dihalang daripada dinilai oleh masyarakat.

"Apa yang SPRM boleh dan akan lakukan ialah menerangkan berdasarkan fakta dan kedudukan sebenar,” katanya dalam Sesi Dialog Eksklusif Pempengaruh Media Sosial Bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada Rabu.

Azam berkata, pempengaruh media sosial memainkan peranan penting sebagai saluran penyampai maklumat kepada masyarakat dan diharap dapat membantu menyebarkan maklumat tepat serta berasaskan fakta, selari dengan harapan kerajaan ketika ini.

Beliau berkata, SPRM tidak akan bertindak mengikut desakan awam yang tidak memahami prinsip undang-undang, memandangkan semua tindakan agensi itu tertakluk kepada Akta SPRM 2009.

“Dalam Akta SPRM 2009, sudah termaktub peruntukan undang-undang yang menghalang rasuah secara menyeluruh.

"Tiada agensi lain yang boleh menjalankan fungsi dan tugas SPRM kecuali SPRM sendiri,” ujarnya.

Sesi dialog itu diadakan bagi membuka ruang dialog secara terbuka antara SPRM dan pempengaruh media sosial, termasuk mendengar pandangan, menjawab persoalan yang berbangkit serta memahami kebimbangan dan persepsi awam terhadap agensi penguat kuasa berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik (BKS) SPRM, Hisyam Mohd Yusoff berkata, masyarakat kini lebih mudah terpengaruh dengan berita sensasi yang tular tanpa tapisan awal.

Jelasnya, berita sensasi yang tular tanpa tapisan awal ini boleh membentuk persepsi negatif terhadap sesuatu isu tanpa memahami konteks sebenar serta peruntukan undang-undang.

Sehubungan itu, beliau menegaskan pempengaruh perlu memahami aspek undang-undang terlebih dahulu sebelum menjawab atau mengulas sesuatu khabar angin, bagi mengelakkan penyebaran maklumat dan fakta yang salah.

Ringkasan AI

  • SPRM tidak tunduk kepada tekanan atau arahan pihak luar dan sentimen media sosial
  • Peranan SPRM adalah memberi penjelasan berlandaskan fakta serta perkara sebenar
  • Pempengaruh media sosial memainkan peranan sebagai saluran penyampai maklumat berasaskan fakta
  • Tindakan SPRM tertakluk kepada prinsip undang-undang mengikut Akta SPRM 2009
  • Sesi dialog antara SPRM dan pempengaruh media sosial diadakan untuk memahami kebimbangan dan persepsi awam

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!