Pencalonan Kampung Baru Cina sebagai tapak warisan dunia: KPKT tidak terlibat secara langsung - Kor Ming
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tidak terlibat secara langsung dalam proses pencalonan Kampung Baru Cina sebagai tapak warisan dunia di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), persidangan Dewan Rakyat diberitahu pada Rabu.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, inisiatif berkenaan merupakan usaha murni sebuah badan profesional International Council on Monuments and Sites (ICOMOS) Malaysia, yang berperanan dalam pemeliharaan dan perlindungan tempat warisan budaya di seluruh negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdewanrakyat #KPKT #KampungBaruCina
