Suami bunuh isteri kerana hutang keliling pinggang

BOGOR - Tekanan hutang mendorong seorang lelaki bertindak kejam membunuh isterinya.
Kejadian itu dilakukan Nawawi, 46, ke atas Enung, 51, di rumah anak mereka di Perumahan Ambar Residence 1, Desa Nagrak, Kecamatan Sukaraja, Kabupaten Bogor, Jawa Barat di Indonesia.
Siasatan awal mendapati pelaku melepaskan kemarahan terhadap isterinya kerana hutang keliling pinggang.
Kasat Reskrim Polres Bogor, AKP Anggi Eko Prasetyo berkata, dia tergamak membunuh isterinya kerana menyangka diperdaya mangsa pada akhir minggu lalu.
"Rupa-rupanya ada individu yang mahu menagih hutang sudah menunggunya di sana. "Nawawi naik angin lalu menikam leher mangsa dengan sebilah pisau.
"Dalam keadaan berlumuran darah, dia sempat keluar dari rumah itu dan meminta tolong jiran tetangga," katanya.
Siasatan awal mendapati pelaku banyak menipu orang dan dia cuba melarikan diri daripada mereka.
Enung disahkan meninggal dunia di Rumah Sakit akibat kehilangan banyak darah.
Suaminya juga telah ditahan untuk membantu siasatan. - Agensi
Ringkasan AI
- Tekanan hutang mendorong seorang lelaki membunuh isterinya di Bogor, Indonesia
- Perbuatan kejam itu dilakukan oleh Nawawi terhadap isterinya, Enung, di rumah anak mereka
- Pelaku melepaskan kemarahan terhadap isteri kerana terbeban dengan hutang
- Nawawi membunuh isterinya dengan menikam leher menggunakan pisau kerana menyangka telah diperdaya
- Enung meninggal dunia akibat kehilangan banyak darah dan suaminya ditahan untuk siasatan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

