Mayat lelaki ditemui terapung di sungai

NIBONG TEBAL - Mayat seorang lelaki ditemui terapung di dalam sungai berhampiran Jambatan Jalan Titi Timbul di sini pada Selasa.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada jam 9.23 pagi bagi membantu polis mengeluarkan mayat berkenaan.
Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal tiba di lokasi kejadian pada jam 9.28 pagi dan mendapati terdapat satu mayat lelaki terapung di dalam sungai seperti yang dilaporkan.
"Pasukan Keluaran Operasi (PKO) kemudiannya menjalankan kerja-kerja mengangkat mayat tersebut sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Sementara itu, John Sagun berkata, polis memaklumkan siasatan awal mendapati mangsa dipercayai warga asing dan disyaki terjatuh dari jambatan berdekatan, namun identiti sebenar mangsa masih belum dikenal pasti.
Katanya, operasi tamat sepenuhnya pada jam 10.42 pagi dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
Ringkasan AI
- Mayat seorang lelaki ditemui terapung di dalam sungai berhampiran Jambatan Jalan Titi Timbul
- Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 9.23 pagi
- Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal tiba di lokasi pada jam 9.28 pagi
- Mayat tersebut kemudiannya diangkat dan diserahkan kepada polis
- Polis memaklumkan mangsa dipercayai warga asing dan disyaki terjatuh dari jambatan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

