Wegovy kini tersedia di pasaran

Wegovy (semaglutide) dos 2.4 miligram, suntikan mingguan keluaran Novo Nordisk, digunakan sebagai rawatan pengurusan berat badan berasaskan preskripsi untuk individu yang hidup dengan obesiti atau lebihan berat badan mengikut penilaian doktor.

A
A
A

KUALA LUMPUR – Obesiti tidak wajar dilihat sebagai pilihan gaya hidup sebaliknya penyakit kronik kompleks yang dikaitkan dengan lebih 200 komplikasi kesihatan serta menjadi antara pemacu utama peningkatan penyakit kardiovaskular.

Pengurus Besar Novo Nordisk Malaysia, Dr Praful Chakkarwar berkata, keadaan itu memberi tekanan besar terhadap kualiti hidup rakyat serta meningkatkan beban jangka panjang kepada sistem kesihatan negara.

Dr Praful Chakkarwar
Dr Praful Chakkarwar

“Tinjauan Kebangsaan Morbiditi dan Kesihatan (NHMS) 2023 mendedahkan hampir 54.4 peratus dewasa di Malaysia mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti yang bukan sahaja menjejaskan kesihatan fizikal dan kesejahteraan emosi malah membawa kepada komplikasi sosial.

“Implikasinya bukan kecil kerana kos kepada masyarakat dan sistem kesihatan awam terus meningkat dari tahun ke tahun,” katanya selepas pelancaran Wegovy® (semaglutide 2.4 mg) (MAL24126014AZ) di sini, pada Khamis.

No Image Caption

Menurut beliau, keadaan tersebut sering menjadi pencetus atau ‘pintu masuk’ kepada pelbagai penyakit kronik lain yang lebih serius dan berpanjangan.

“Lebih 200 komplikasi kesihatan dikenal pasti berkait dengan masalah berat badan ini termasuk diabetes jenis dua, penyakit kardiovaskular, kanser tertentu, gangguan hormon dan masalah metabolik.

“Kesemua komplikasi ini bukan sahaja memendekkan jangka hayat malah menjejaskan keupayaan seseorang untuk menjalani kehidupan harian secara produktif,” jelasnya. 

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, hampir 80 peratus pesakit yang hadir dengan penyakit kardiovaskular hari ini didapati mempunyai obesiti atau masalah berat badan berlebihan.

“Pesakit kardiovaskular juga berisiko mengalami komplikasi lain seperti kegagalan buah pinggang dan jantung yang akhirnya memerlukan rawatan jangka panjang termasuk dialisis.

“Kos rawatan dialisis pula melebihi RM3,000 sebulan bagi seorang pesakit dan perlu dijalani beberapa kali seminggu sekali gus menunjukkan betapa besarnya beban kos penyakit kardiovaskular kepada individu dan sistem kesihatan,” katanya.

Beliau menegaskan, peranan Wegovy® sebagai pilihan rawatan tambahan kepada orang dewasa yang menghidap obesiti dan berat badan berlebihan serta mempunyai sekurang-kurangnya satu komorbiditi berkaitan berat badan.

Dari kiri: Dr Praful Chakkarwar bersama Pakar Perunding Endokrinologi dan Presiden Persatuan Obesiti Malaysia (MYOS), Profesor Dr Rohana Abdul Ghani, Pakar Runding Endokrinologi, Emeritus[LC1.1] Profesor Dr Chan Siew Pheng serta Pakar Perunding Kardiologi Kanan merangkap Pengarah Jabatan Pengalaman Pelanggan, Datuk Seri Dr Azhari Rosman pada pelancaran Wegovy pada Khamis.

“Wegovy® ialah ubat suntikan mingguan yang meniru hormon semula jadi GLP-1, dilepaskan oleh usus selepas makan. Mekanisme ini menyasarkan bahagian tertentu dalam otak untuk mengawal rasa lapar dan keinginan makan seterusnya menyokong pengurusan berat badan bagi pesakit yang mengalami kesukaran mengawalnya.

“Ia juga membantu individu yang hidup dengan obesiti mencapai penurunan berat badan sekurang-kurangnya 20 peratus daripada berat asal. Selain itu, rawatan dengan semaglutide menunjukkan pengurangan jisim lemak lebih besar berbanding jisim tanpa lemak yang akhirnya menyumbang kepada penurunan berat badan berkualiti,” katanya. 

Beliau berkata, ketersediaan rawatan baharu itu berpotensi memberi perubahan ketara terhadap pengurusan obesiti di Malaysia.

Dari kiri: Dr Chan Siew Pheng, Dr Azhari dan Dr Rohana dan pesakit, Ayyub pada forum Wego Discuss: The Weight Is Over anjuran Novo Nordisk sempena pelancaran Wegovy.
Dari kiri: Dr Chan Siew Pheng, Dr Azhari dan Dr Rohana dan pesakit, Ayyub pada forum Wego Discuss: The Weight Is Over anjuran Novo Nordisk sempena pelancaran Wegovy.

“Wegovy kini tersedia di beberapa klinik dan hospital terpilih, bakal diperluas secara berperingkat susulan proses pelaksanaan di fasiliti kesihatan.

“Dari segi kos, ia berbeza mengikut lokasi namun ditawarkan pada tahap kompetitif bagi meningkatkan akses kepada lebih ramai rakyat Malaysia,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!