Bangkai penyu cedera pada kepala dijumpai terdampar

Bangkai seekor penyu agar jantan dijumpai terdampar di Pantai Paka, Dungun pada Isnin.
Bangkai seekor penyu agar jantan dijumpai terdampar di Pantai Paka, Dungun pada Isnin.
A
A
A

DUNGUN - Bangkai seekor penyu agar jantan ditemukan terdampar dengan kesan kecederaan pada bahagian kepala di Pantai Paka di sini pada Isnin.

Bangkai haiwan itu dijumpai seorang kerani swasta, Mohd Zukri Kadir, 45, ketika melakukan aktiviti riadah di pantai berkenaan kira-kira jam 7.30 pagi.

Mohd Zukri berkata, penyu bersaiz besar itu kelihatan tidak bergerak pada jarak kira-kira tiga meter dari gigi pantai menyebabkan dia menganggap haiwan berkenaan telah mati.

"Penyu jarang berada di pantai pada waktu pagi. Apabila saya dekati dan lihat ia tidak menunjukkan sebarang pergerakan, saya yakin ia telah mati," katanya.

Menurutnya, keadaan bangkai yang sudah mengembang serta mengeluarkan bau menunjukkan penyu berkenaan dipercayai telah mati sejak beberapa hari lalu.

Tambah beliau, terdapat maklumat mengenai penemuan bangkai penyu lain di pantai sama sehari sebelum kejadian, namun bersaiz lebih kecil.

"Penyu yang ditemui hari ini lebih besar dan dianggarkan melebihi satu meter panjang," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Bangkai seekor penyu agar jantan ditemukan terdampar dengan kesan kecederaan di kepala di Pantai Paka, Dungun
  • Bangkai tersebut ditemukan oleh Mohd Zukri Kadir, seorang kerani swasta, semasa aktiviti riadah di pantai pada pukul 7.30 pagi
  • Penyu bersaiz besar itu ditemui tidak bergerak pada jarak kira-kira tiga meter dari gigi pantai
  • Keadaan bangkai yang mengembang dan mengeluarkan bau menunjukkan penyu tersebut telah mati sejak beberapa hari
  • Terdapat maklumat penemuan bangkai penyu lain di pantai sama sehari sebelumnya, namun bersaiz lebih kecil

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!