'Terima kasih PM, gantikan titi gantung berusia 24 tahun dengan jambatan'
19 Januari 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A
Penduduk di Kampung Chatel Damai, Lata Rek di Kuala Krai melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas keprihatinan serta meluluskan peruntukan segera membina sebuah jambatan bagi menggantikan titi gantung berusia 24 tahun yang runtuh pada 1 Januari lalu.
Jambatan baharu sepanjang 35 meter dan boleh menampung berat sehingga 50 tan itu dianggarkan menelan belanja RM200,000 dimana ia bukan sahaja boleh dilalui pejalan kaki, motosikal tetapi kereta serta pacuan empat roda serta trak pikap.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #titigantung #Kelantan
