Johor hadkan sewa tapak bazar Ramadan RM500 setiap lot
19 Januari 2026 | VIDEO
A
A
A
Kadar sewaan tapak bazar Ramadan di Johor akan diselaraskan kepada maksimum RM500 dan ke bawah bagi meringankan beban peniaga kecil, khususnya golongan berpendapatan sederhana dan rendah.
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, perbincangan bersama ketua-ketua jabatan di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) akan dilakukan bagi meneliti proses serta kadar yuran yang dikenakan kepada peniaga bazar Ramadan ketika ini.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TapakBazar #BazarRamadan
