Pearly-Thinaah melangkah ke separuh akhir Terbuka India

Pearly-Thinaah bakal berdepan pasangan Jepun, Yuki Fukushima–Mayu Matsumoto yang menghuni ranking keenam dunia di separuh akhir esok. Foto: Agensi
Pearly-Thinaah bakal berdepan pasangan Jepun, Yuki Fukushima–Mayu Matsumoto yang menghuni ranking keenam dunia di separuh akhir esok. Foto: Agensi
A
A
A

BEREGU wanita negara, Pearly Tan–M Thinaah menepati ramalan apabila melangkah ke separuh akhir Terbuka India, hari ini.

Pasangan nombor dua dunia itu mara selepas menewaskan pasangan Taiwan yang menghuni ranking kesembilan dunia, Hsieh Pei Shan–Hung En Tzu 21-16, 21-10 dalam tempoh 33 minit.

Naib juara dunia itu mara ke separuh akhir buat kali kedua berturut-turut di Terbuka India dan kini memburu slot final pertama apabila bakal berdepan pasangan Jepun, Yuki Fukushima–Mayu Matsumoto yang menghuni ranking keenam dunia esok.

Tahun lalu, Pearly–Thinaah mara sehingga separuh akhir sebelum tewas kepada gandingan Korea Selatan, Kim Hye Jeong–Kong Hee Yong.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • BEREGU wanita negara, Pearly Tan–M Thinaah melangkah ke separuh akhir Terbuka India
  • Pasangan tersebut mengalahkan pasangan Taiwan, Hsieh Pei Shan–Hung En Tzu dengan skor 21-16, 21-10
  • Pearly–Thinaah adalah naib juara dunia dan mara ke separuh akhir Terbuka India buat kali kedua berturut-turut
  • Pasangan ini akan berdepan pasangan Jepun, Yuki Fukushima–Mayu Matsumoto yang berada di ranking keenam dunia
  • Tahun lalu, Pearly–Thinaah tewas di separuh akhir kepada pasangan dari Korea Selatan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!