Waspada dengan penipuan dana penjaja: MPJL

Petugas MPJL melakukan operasi nyah kuman di Bahau.
Petugas MPJL melakukan operasi nyah kuman di Bahau.
A
A
A

JEMPOL- Majlis Perbandaran Jempol (MPJL) mengingatkan penjaja daerah ini yang layak menerima bantuan dana penjaja daripada kerajaan agar berwaspada dan tidak terpedaya dengan sebarang bentuk penipuan dana tersebut.

Yang Dipertuanya, Raja Norazli Raja Nordin berkata, ini berikutan pihaknya menerima aduan berhubung pihak tertentu yang menyamar sebagai wakil MPJL untuk menguruskan penyaluran dana terlibat.

Menurutnya, pengadu menerima panggilan telefon daripada pihak yang mendakwa sebagai wakil MPJL, selain turut meminta maklumat peribadi termasuk nombor akaun bank.

"MPJL tidak pernah melantik mana-mana pihak untuk berbuat demikian dan diharap penjaja terlibat mengambil perhatian serius mengenainya," katanya ketika ditemui media selepas selesai operasi nyah kuman di Medan Niaga Bahau di Jempol hari ini.

Shahrul Nizam (kiri), Raja Norazli (dua dari kiri) ketika mendengar penerangan berhubung Operasi Nyah kuman di Bahau hari ini.
Shahrul Nizam (kiri), Raja Norazli (dua dari kiri) ketika mendengar penerangan berhubung Operasi Nyah kuman di Bahau hari ini.

Hadir sama, Pegawai Daerah Jempol, Syahrul Nizam Saleh.

Mengulas lanjut, Raja Norazli berkata, maklumat penjaja hanya boleh disalurkan kepada MPJL melalui aplikasi WhatsApp sahaja iaitu 010-5111464 untuk tujuan berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Raja Norazli berkata, pihaknya turut mengambil pendekatan melaksanakan operasi nyah kuman di daerah ini melibatkan empat zon iaitu di Batu Kikir, Bahau, Rompin dan Bandar Seri Jempol.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, ia akan dilakukan secara berfasa.

"Operasi ini membabitkan premis perniagaan dan tempat tumpuan awam," katanya.