Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

'Beliau nak serang siapa dalam perkara ini?' -  Zahid nak jumpa dan tanya Akmal

15 Januari 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A

'Beliau nak serang siapa dalam perkara ini?' -  Zahid nak jumpa dan tanya Akmal

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa beliau akan bertemu dengan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh bagi mendapatkan penjelasan lanjut, termasuk bertanya pihak mana yang mahu 'diserang'.

"Saya ingin tahu daripada beliau. Nanti saya akan jumpa dengan dia, (tanya) nak serang siapa," katanya,

Beliau dalam pada itu berkata, tindakan Akmal meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka adalah keputusan peribadi dan tidak memberi tekanan kepada parti itu untuk menghentikan kerjasama dengan Kerajaan Perpaduan.

Presiden UMNO itu menegaskan, keputusan Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkenaan telah dibincangkan terlebih dahulu bersama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764183/berita/politik/dr-akmal-letak-jawatan-bukan-tekanan-kepada-umno---ahmad-zahid

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #PAU2025 #UMNO #WTCKL #AkmalSaleh #DAP #ZahidHamidi