Gas pendingin hawa meletup di universiti swasta: Seorang maut, dua parah

Seorang lelaki meninggal dunia ketika menerima rawatan di HKL manakala sembilan yang lain cedera dalam kejadian letupan gas pendingin hawa di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara di sini pada Isnin.
Seorang lelaki meninggal dunia ketika menerima rawatan di HKL manakala sembilan yang lain cedera dalam kejadian letupan gas pendingin hawa di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara di sini pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) manakala sembilan yang lain cedera dalam kejadian letupan gas pendingin hawa di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara di sini pada Isnin.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Soo Yu Juan berusia 24 tahun.

“Jumlah keseluruhan mangsa adalah seramai 10 orang membabitkan pelajar, juruteknik, kontraktor serta pekerja kantin.

“Daripada jumlah itu, seorang disahkan meninggal dunia, dua parah manakala selebihnya cedera ringan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Terdahulu, media melaporkan satu kejadian letupan di kawasan penyelenggaraan pendingin hawa di universiti swasta itu kira-kira jam 11.40 pagi.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki meninggal dunia di HKL akibat letupan gas penghawa dingin di universiti swasta Bukit Damansara
  • Mangsa yang maut dikenali sebagai Soo Yu Juan berumur 24 tahun
  • Seramai 10 orang terlibat dalam kejadian tersebut termasuk pelajar, juruteknik, kontraktor dan pekerja kantin
  • Dua orang parah manakala selebihnya mengalami cedera ringan
  • Letupan berlaku di kawasan penyelenggaraan pendingin hawa kira-kira jam 11.40 pagi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!