TDM tidak kompromi salah laku, siasatan dalaman akan dijalankan

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang bekas Panglima Tentera Darat dan dua isterinya tiba di Kompleks Mahkamah Majistret Putrajaya bagi urusan reman untuk membantu siasatan kes rasuah membabitkan rangkaian kartel tender perolehan TDM. Foto fail Bernama
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang bekas Panglima Tentera Darat dan dua isterinya tiba di Kompleks Mahkamah Majistret Putrajaya bagi urusan reman untuk membantu siasatan kes rasuah membabitkan rangkaian kartel tender perolehan TDM. Foto fail Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kepimpinan baharu Tentera Darat Malaysia (TDM) menegaskan tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku dalam kalangan warganya, sama ada melibatkan pegawai atau anggota.

Sel Perhubungan Raya Markas TDM dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, pendirian itu diambil susulan isu tular yang dikaitkan dengan budaya tidak sihat dalam tentera sehingga menimbulkan pelbagai persepsi negatif masyarakat.

Menurut kenyataan itu, TDM akan menjalankan siasatan dalaman terhadap aduan yang diterima dan tindakan tegas akan diambil mengikut peraturan perkhidmatan serta undang-undang sedia ada sekiranya terbukti bersalah.

"Memandang ke hadapan, TDM akan mengadakan penguatkuasaan berterusan melalui pemerintah di semua pasukan, formasi dan pusat latihan bagi memberikan peringatan dari semasa ke semasa.

"Langkah itu termasuk melaksanakan pemantauan berterusan bagi membendung sebarang isu integriti dan aktiviti tidak bermoral dalam kalangan warganya,” menurut kenyataan itu.

Sebagai langkah pencegahan, TDM turut melaksanakan pemerkasaan pendidikan moral, kesedaran integriti dan etika di semua peringkat formasi selain mempergiat aktiviti keagamaan, kerohanian bagi memupuk nilai profesional serta jati diri warga yang berdisiplin serta berintegriti.

Menurut kenyataan itu, kepimpinan TDM kekal komited untuk memastikan institusi berkenaan terus diyakini, dihormati dan disokong oleh rakyat menerusi amalan integriti, profesionalisme yang tinggi demi keselamatan serta kedaulatan negara.

Pada Isnin lepas, Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjalankan siasatan dalaman berhubung dakwaan kemasukan individu luar dan wujudnya aktiviti tidak bermoral di kem tentera, yang tular di media sosial sejak Ahad lepas. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kepimpinan baharu Tentera Darat Malaysia menegaskan tidak akan berkompromi terhadap salah laku dalam kalangan warganya
  • Adanya isu budaya tidak sihat dalam tentera yang menimbulkan persepsi negatif masyarakat
  • Siasatan dalaman dan tindakan tegas akan diambil terhadap aduan yang diterima
  • Penguatkuasaan berterusan dan pemantauan untuk membendung isu integriti dan aktiviti tidak bermoral
  • Pemerkasaan pendidikan moral, kesedaran integriti, etika dan aktiviti keagamaan, kerohanian untuk memupuk nilai profesional serta integriti warga

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!