Exco FAM sedia letak jawatan elak penggantungan FIFA - Mohd Yusoff

Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia sedia letak jawatan untuk elak badan digantung FIFA. Gambar hiasan
Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia sedia letak jawatan untuk elak badan digantung FIFA. Gambar hiasan
A
A
A

AHLI Jawatankuasa Eksekutif (Exco) Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedia meletakkan jawatan sekiranya itu adalah pilihan terbaik bagi menyelamatkan badan induk itu daripada digantung Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, perkara itu antara isu yang dibincangkan dalam perjumpaan bersama Exco hari ini.

"Hari ini kita memanggil semua Exco untuk membincangkan hala tuju FAM, dan ia tentu sekali berkaitan kenyataan Setiausaha Agung AFC (konfederasi Bolasepak Asia), Datuk Windsor mengenai penggantungan FAM.

"Kalau pilihan itu (meletak jawatan) adalah keputusan terbaik, kita akan buat secara sebulat suara kerana kita bersatu hati sebagai Exco,” katanya ketika ditemui selepas perjumpaan berkenaan.

Dalam pada itu, Mohd Yusoff memaklumkan, barisan Exco turut membincangkan alternatif lain bagi mengelak FAM daripada digantung, namun beliau enggan mendedahkan cadangan berkenaan.

"Kita mengambil kira pandangan Exco hari ini, tetapi keputusan muktamad belum ada. Ada dua atau tiga pilihan,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia sedia letak jawatan untuk elak badan digantung FIFA
  • Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi menyatakan perkara ini dibincangkan dalam perjumpaan exco
  • Perbincangan berkaitan kenyataan Setiausaha Agung AFC tentang penggantungan FAM
  • Keputusan meletak jawatan akan dibuat secara sebulat suara oleh Exco jika itu terbaik
  • Exco turut bincang alternatif lain selain meletak jawatan untuk elak FAM digantung tetapi cadangan tidak didedahkan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!