Shafiq Halim dedah lejar transaksi RM1.1 juta didakwa berkait ketua bahagian parti
06 Januari 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A
Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Hulu Langat, Mohamad Shafiq Abdul Halim mendedahkan satu dokumen lejar didakwa mengandungi rekod transaksi kewangan melibatkan penerimaan wang tunai dan aset mewah berjumlah RM1.1 juta oleh seorang ketua bahagian parti.
Mohamad Shafiq berkata, susulan itu beliau akan membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan berhubung kesahihan dokumen berkenaan dan meneliti sama ada wujud unsur rasuah atau pecah amanah.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian..
#SinarHarian #BeritaSemasa #Bersatu #SPRM
