Mangsa banjir di Sabah menurun kepada 467

Anggota APM memantau kawasan kampung dinaiki air di Tenom.
Anggota APM memantau kawasan kampung dinaiki air di Tenom.
A
A
A

KOTA KINABALU - Jumlah mangsa banjir di negeri ini menurun kepada 467 individu yang masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Beaufort dan Kota Kinabalu.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, seramai 328 mangsa masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Selagon, Beaufort setakat jam 9 malam.

Sementara itu, di Kota Kinabalu, jumlah mangsa menunjukkan penurunan apabila hanya 139 individu masih berada di Pusat Pemindahan Sementara Dewan Masjid Al Munir, Kampung Darau.

Penurunan jumlah mangsa tersebut berikutan keadaan banjir yang dilaporkan mulai surut di beberapa kawasan di Kota Kinabalu selepas kejadian banjir kilat pada Sabtu.

Beaufort dan Kota Kinabalu sebelum ini telah diisytiharkan sebagai kawasan bencana oleh pegawai daerah masing-masing.

Dalam perkembangan lain sebanyak tujuh kampung di Tenom ditenggelami air namun tiada pemindahan mangsa banjir dilakukan setakat ini.

Difahamkan, hujan yang tidak menentu sejak Khamis lalu selain dipengaruhi taburan hujan yang lebat dari kawasan bukit menyebabkan berlaku banjir di sungai-sungai kecil di daerah tersebut.

Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Tenom akan terus dalam keadaan bersiap siaga bagi menghadapi segala kemungkinan dalam menghadapi bencana khususnya banjir.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Jumlah mangsa banjir di Sabah menurun kepada 467 individu
  • Seramai 328 mangsa di Pusat Pemindahan Kekal Selagon, Beaufort
  • Di Kota Kinabalu, 139 individu masih di Pusat Pemindahan Sementara Dewan Masjid Al Munir
  • Keadaan banjir di beberapa kawasan di Kota Kinabalu mulai surut
  • Tujuh kampung di Tenom ditenggelami air, tiada pemindahan mangsa dilakukan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!