BPN: Perkhidmatan HCL beroperasi semula esok

LHDN
LHDN
A
A
A

SHAH ALAM - Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Hasil Care Line (HCL) akan beroperasi semula mulai esok bagi menjawab pertanyaan berkaitan Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

LHDNM dalam satu kenyataan memberitahu, langkah itu diambil susulan kenyataan media dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) berkaitan BPN pada hari ini.

Menurut kenyataan itu, lain-lain premis LHDNM di seluruh negara masih ditutup sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.

"Perkhidmatan HCL akan beroperasi sepanjang tempoh PKP bermula jam 9 pagi hingga 5 petang pada hari Ahad hingga Jumaat.

"Nombor telefon untuk dihubungi adalah 03-8911 1000 atau +603-8911 1100 (luar negara) dan ia melibatkan perkhidmatan seperti pertanyaan isu-isu percukaian dan BPN," katanya.

Terdahulu, Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini memberitahu pemberian BPN bagi golongan M40 adalah berdasarkan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan perlu membuat pendaftaran baharu mulai 1 April 2020 menerusi www.hasil.gov.my.

Sementara itu, pemberian BPN bagi golongan B40 adalah berdasarkan pangkalan data Bantuan Sara Hidup (BSH) dan akan dikreditkan ke akaun masing-masing pada April ini.

Kenyataan sama menyebut, selain itu, talian BSH iaitu 1800-88-2747 turut akan beroperasi untuk menjawab sebarang pertanyaan berkenaan BSH.

Artikel Berkaitan:

"Bagi memberikan kemudahan kepada pelanggan, sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan isu-isu percukaian dan perkara-perkara berkaitan juga boleh dimajukan kepada LHDNM melalui HASiL Live Chat; Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/ dan Media sosial rasmi LHDNM iaitu Facebook dan Twitter.

"Pembayar cukai juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan urusan percukaian dalam tempoh PKP ini dengan melayari portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my," katanya.