Penjara orang gemuk, kena kuruskan badan dalam tempoh 28 hari

Jadual peserta padat dengan pelbagai aktiviti fizikal. Foto Agensi
Jadual peserta padat dengan pelbagai aktiviti fizikal. Foto Agensi
A
A
A

BEIJING - Golongan obes yang berhasrat mahu menurunkan berat badan kini boleh mendaftar di 'penjara orang gemuk'.

'Kem tahanan tertutup' disediakan di China itu menjanjikan penurunan berat badan yang cepat melalui rutin senaman intensif, penimbangan berat badan wajib dan peraturan yang menghendaki mereka kekal berdisiplin.

Pengalaman menguruskan badan itu turut diceritakan seorang wanita warga Australia.

Pemilik akaun @eggeats di Instagram mendokumentasikan penginapannya bermula awal Disember lalu yang hanya dikenakan bayaran kurang AS$1,000 (RM4,054).

Pempengaruh berusia 28 tahun itu turut berkongsi video pelbagai aktiviti fizikal yang dijalankan di 'penjara orang gemuk' tersebut.

Dia juga menjelaskan, program itu menerima peserta dari seluruh dunia tanpa perlu kemahiran fasih berbahasa Mandarin atau Kantonis.

Difahamkan, peserta digalakkan untuk mengikuti program selama 28 hari untuk hasil lebih baik walaupun diberi pilihan untuk menjadi penghuni kemudahan itu dalam tempoh lebih singkat selama dua minggu.

Menariknya, wanita itu mendakwa dia telah kehilangan 2.25 kilogram dalam tempoh tujuh hari dan berjaya menurunkan empat kilogram pada hari ke-14. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Golongan obes boleh daftar di 'penjara orang gemuk' di China untuk menurunkan berat badan
  • Kem itu menawarkan program penurunan berat badan cepat dengan senaman intensif dan disiplin ketat
  • Seorang wanita Australia mendokumentasikan pengalamannya di kem tersebut dengan bayaran kurang daripada AS$1,000
  • Peserta dari seluruh dunia boleh sertai tanpa perlu fasih berbahasa Mandarin atau Kantonis
  • Peserta digalakkan mengikuti program selama 28 hari untuk hasil yang lebih baik

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!