Ketua Polis Kelantan tidak gentar terima ugutan



KOTA BHARU - "Saya tidak gentar, tidak rasa takut."
Demikian tegas Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berhubung ugutan yang diterima beliau menerusi contengan menggunakan cat merah di dinding pagar Lapang Sasar PDRM Kontinjen Kelantan di Gunong, Bachok pada 22 Disember lalu dan mulai tular di media sosial pada Jumaat.
Menurut beliau, perkara tersebut sedang disiasat mengikut Seksyen 427 dan 506 Kanun Keseksaan.
"Ia ugutan kepada saya.Saya tidak menolak ianya dilakukan oleh sindiket dan dirancang awal, berdasarkan ayat yang digunakan.
"Kita berjihad... takut apa. Saya tidak menolak perkara tersebut dilakukan kerana terasa tercabar dengan tindakan tegas Polis Kelantan dalam memerangi jenayah di negeri ini.
"Termasuk masalah melibatkan sindiket along dan sebagainya," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.
Mohd Yusoff memberitahu, pihaknya sedang melakukan siasatan lanjut untuk mengenal pasti siapa yang melakukannya.
Beliau berharap orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung perkara tersebut dapat tambil membantu siasatan dengan menyalurkannya kepada balai polis berhampiran.
Ringkasan AI
- Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, tidak takut menerima ugutan
- Ugutan itu diterima melalui contengan cat merah di pagar Lapang Sasar PDRM di Bachok
- Kejadian itu berlaku pada 22 Disember dan menjadi tular di media sosial
- Perkara itu sedang disiasat mengikut Seksyen 427 dan 506 Kanun Keseksaan
- Mohd Yusoff percaya ugutan itu berkaitan dengan tindakan tegas polis terhadap jenayah di Kelantan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

