Buang sampah merata-rata: Warga asing, kanak-kanak akan dikenakan tindakan
Warga asing dan kanak-kanak tidak terkecuali daripada dikenakan tindakan kerana membuang, menempatkan atau meninggalkan sisa di tempat awam di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, bagi memastikan penguatkuasaan undang-undang tersebut berjalan lancar, seramai 330 anggota penguat kuasa Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) telah digerakkan di seluruh negara sempena ambang tahun baharu 2026.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #NgaKorMing #aktabuangsampahmerata #wargaasing #SWCorp
