Zohran Mamdani angkat sumpah Datuk Bandar New York, tekad turunkan kos sara hidup

Mamdani berucap pada majlis pengangkat sumpahnya di tangga City Hall. - Foto: ABC News
Mamdani berucap pada majlis pengangkat sumpahnya di tangga City Hall. - Foto: ABC News
A
A
A

NEW YORK – Zohran Mamdani pada Khamis secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Datuk Bandar New York dengan ikrar melaksanakan agenda agresif bagi menjadikan bandar terbesar di Amerika Syarikat itu lebih mampu didiami golongan pekerja.

Mamdani, 34, daripada kelompok demokrat sosialis Parti Demokrat, memenangi pilihan raya bandar raya pada November lalu dalam satu kemenangan penting yang berpotensi mempengaruhi landskap politik nasional menjelang pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat.

Dalam ucapan sulungnya di hadapan City Hall, beliau menegaskan pentadbirannya akan berpaksikan kepentingan rakyat, bukan golongan elit ekonomi.

“Kami akan menjawab kepada semua warga New York, bukan kepada mana-mana bilionair atau oligarki yang menyangka mereka boleh membeli demokrasi kami,” ujarnya.

Antara janji utama yang diketengahkan ialah penjagaan kanak-kanak sejagat, sewaan rumah mampu milik dan perkhidmatan bas percuma.

Majlis pelantikan itu turut disertai Senator Bernie Sanders dan Ahli Dewan Perwakilan, Alexandria Ocasio-Cortez. Sorakan “tax the rich” bergema apabila Sanders menyeru jutawan dan bilionair membayar cukai lebih tinggi.

Walaupun suhu di bawah paras beku, ribuan orang hadir di City Hall, manakala kawasan tontonan khas disediakan di sepanjang Broadway bagi mengikuti siaran langsung majlis tersebut.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Zohran Mamdani secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Datuk Bandar New York
  • Mamdani dari kelompok demokrat sosialis menang pilihan raya bandar raya
  • Berjanji menjadikan bandar itu lebih mampu didiami oleh golongan pekerja
  • Antara janjinya termasuk penjagaan kanak-kanak sejagat dan sewaan rumah mampu milik
  • Majlis pelantikan disertai oleh Senator Bernie Sanders dan Ahli Dewan Perwakilan, Alexandria Ocasio-Cortez

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!