Wanita maut ditikam 34 kali rakan bisnes anak

Pelaku turut tampil sebagai saksi sebelum dinamakan sebagai suspek utama oleh pihak berkuasa. Foto Agensi
Pelaku turut tampil sebagai saksi sebelum dinamakan sebagai suspek utama oleh pihak berkuasa. Foto Agensi
A
A
A

SERANG - Sebuah desa gempar dengan pembunuhan seorang ibu kepada tiga anak ketika kejadian pada awal minggu lalu.

Mangsa dikenali sebagai FA, 42, warga Kampung Sidilem, Desa Telaga Luhur, Kecamatan Waringinkurung, Kabupaten Serang, Banten, barat Pulau Jawa di Indonesia.

Satreskrim Polresta Serang Kota berjaya menahan pelaku yang merupakan jirannya, SI, tidak lama selepas pihak berkuasa mengambil keterangan beberapa saksi.

"SI diberkas selepas dia juga tampil sebagai saksi kerana menjadi individu pertama menemui FA dalam keadaan berlumuran darah.

"Keterangannya bagaimanapun agak mencurigakan sebelum dia akhirnya mengaku telah membunuh mangsa yang juga ibu rakan bisnesnya," ujar Kasat Reskrim Polresta Serang Kota Kompol Alfano Ramadhan.

Menurutnya, laporan awal mendapati pembunuhan itu terjadi kerana SI berasa sakit hati dengan kata-kata mangsa.

"Pelaku tersinggung kerana FA menyindir bisnes kerepek yang dijalankan bersama anak mangsa. Ia dikatakan tidak membawa keuntungan selepas beberapa bulan," jelas Alfano lagi sambil menambah siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengetahui sama ada pembunuhan itu dirancang atau sebaliknya. - Agensi

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang ibu kepada tiga anak dibunuh di Kampung Sidilem, Desa Telaga Luhur, Indonesia
  • Pelaku pembunuhan adalah jirannya, SI, yang juga merupakan rakan bisnes mangsa
  • Penahanan pelaku berlangsung tidak lama selepas pemeriksaan saksi oleh polis
  • SI merasa tersinggung dengan kata-kata mangsa mengenai bisnes kerepek yang mereka jalankan bersama tidak menguntungkan
  • Pembunuhan tersebut didasari oleh rasa sakit hati pelaku terhadap mangsa

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!