X

Kindly register in order to view this article
!

KKM ucap takziah kepada keluarga Dr Nooranisah

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah - Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan merakamkan ucapan takziah kepada suami serta keluarga Dr Nooranisah Mohd Razali yang maut bersama bayinya selepas van Jabatan Kesihatan yang dinaiki mereka terbabas di Kilometer 11, Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Renok Baru di sini pagi tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham berkata, kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa bersama tujuh lagi individu lain dalam perjalanan ke Hospital Gua Musang untuk menjalankan urusan rasmi.

“Dukacita dimaklumkan sebuah kenderaan Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP), Kuala Krai telah terlibat dalam satu kemalangan ketika dalam perjalanan urusan rasmi menghantar pasukan lawatan pakar pembedahan ke Hospital Gua Musang pagi tadi.

“Selain daripada pemandu kenderaan, penumpang terdiri daripada seorang pakar pembedahan, tiga pegawai perubatan Jabatan Pembedahan, dua pegawai perubatan Jabatan Obstetrik dan Ginekologi serta anak kepada salah seorang pegawai perubatan yang berusia sembilan bulan.

“Salah seorang pegawai perubatan iaitu Dr Nooranisah meninggal dunia di tempat kejadian manakala anak beliau meninggal dunia di Hospital Gua Musang. Pemandu dan penumpang lain selamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, punca kemalangan masih dalam siasatan polis.

“Kementerian Kesihatan Malaysia mengucapkan takziah kepada suami dan keluarga Allahyarhamah Dr Nooranisah.

“Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor, bayi maut van kesihatan dinaiki terbabas

Dalam kejadian jam 10.30 pagi tadi, Dr Nooranisah, 31, maut di tempat kejadian manakala bayinya, Mohammad Fitri Yusof Muhammad Hafiz Zulhilmi berusia sembilan bulan meninggal dunia di Hospital Gua Musang.

Mangsa lain yang cedera ialah pemandu van, Mohd Lazim Abdullah, 56, termasuk penumpang lain iaitu Dr Siti Salwa Mohamad Shokri, 38; Syahirah Muhamad Razali, 20; Dr Norazma Mohamad, 34; Dr Linda Laili Ibrahim Shukri, 29; Dr Suzuanhafizan Omar, 32, dan Dr Hazirah Sazali, 33.

Kesemua mangsa yang cedera menerima rawatan di Hospital Gua Musang.

Kejadian dipercayai berlaku apabila van Jabatan Kesihantan dari Hospital Kuala Krai yang menghala ke Gua Musang hilang kawalan dan terbabas ke sebelah kanan jalan sebelum terbalik.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf