Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Sindiket pekerjaan Myawaddy: Mangsa dibiar kelaparan, dipukul dengan besi

31 Disember 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A

Gara-gara terpedaya dengan janji manis iklan di Facebook yang menawarkan barangan perniagaan pada harga murah, seorang kru penerbangan di Singapura, menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di Myawaddy, Myanmar, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Mangsa mahu dikenali sebagai Chew, 26, merupakan antara 31 rakyat Malaysia yang berjaya dibawa pulang dan selamat tiba di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, Kedah pada 20 Disember lalu, hasil usaha bersepadu pihak berkuasa Malaysia dengan kerjasama negara jiran.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762330/berita/semasa/sindiket-pekerjaan-myawaddy-mangsa-dibiar-kelaparan-dipukul-dengan-besi

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #sindiketpekerjaanMyawaddy #mangsasindiketpekerjaanMyawaddy