Buruh warga Myanmar mengaku tidak bersalah miliki Revolver
30 Disember 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A
Seorang buruh warga Myanmar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth atas pertuduhan memiliki senjata api di sebuah bengkel, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohd Rosli.
Tertuduh membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam bahasa Melayu di hadapan Hakim Roslan Hamid.
Tertuduh, Aung Soe, 39 tahun, didakwa memiliki sepucuk pistol jenis Revolver.38 tanpa nombor siri, tanpa permit atau lesen yang sah, dan senjata api tersebut diperoleh semasa melakukan kesalahan berkaitan dadah.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Revolver #WargaAsing #Butterworth Myanmar
